Laman Web Rasmi
Jabatan Pertanian
Negeri Sembilan Darul Khusus
Laman Web Rasmi
Jabatan Pertanian Negeri Sembilan
Darul Khusus

Arkib Berita

Arkib Berita

image berita
Jelebu AgroFest 2025 Cerminkan Kolaborasi Komuniti Agro Makanan

Kuala Klawang, 22 Jun 2025 – Jelebu AgroFest 2025 yang berlangsung selama tiga hari bermula 20 hingga 22 Jun 2025 di Stadium Majlis Daerah Jelebu telah melabuhkan tirainya dengan penuh warna-warni dan impak yang membanggakan.

Penganjuran festival berkonsepkan pertanian ini bukan sahaja menonjolkan Jelebu sebagai Hab Durian Negeri Sembilan malah memperkukuh peranan daerah ini dalam mendukung keterjaminan makanan dan memperkasakan komuniti agro makanan tempatan.

Dengan tema "Gerbang Kolaborasi Komuniti Agro Makanan", Jelebu AgroFest 2025 menghimpunkan pelbagai agensi, institusi pengajian, usahawan tani dan komuniti setempat dalam menjayakan pengisian seperti:

Sesi teknikal oleh pakar UPM, FAMA, Bahagian Biosekuriti dan sektor swasta 

Demonstrasi masakan dan teknologi seperti penggunaan dron dalam pertanian

Pertandingan & aktiviti keluarga seperti mewarna, memasak dan Musang Berjanggut

Jualan Nismilan Prihatin & Jualan Rahmah, dengan harga mesra rakyat

Sesi Walkabout oleh YTM Dato’ Undang Luak Jelebu

Majlis Perasmian Penutup oleh YB. Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias, EXCO Kanan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan.

Lebih 5,000 pengunjung hadir sepanjang tempoh penganjuran, membuktikan minat dan kesedaran masyarakat terhadap peranan sektor pertanian sebagai teras pembangunan ekonomi luar bandar.

Pengarah Pertanian Negeri Sembilan, YBrs. Encik Hisyam bin Yacob, dalam ucapan aluannya menzahirkan harapan agar program ini dapat diperluaskan ke daerah lain sebagai platform pembelajaran, promosi dan rangkaian bagi semua pihak yang terlibat dalam rantaian agro makanan.

Pejabat Pertanian Daerah Jelebu merakamkan penghargaan kepada semua rakan strategik, jabatan teknikal, komuniti serta sokongan padu daripada YB. ADUN Klawang, YBrs. Pegawai Daerah Jelebu, dan barisan jawatankuasa kerja yang telah menjayakan penganjuran ini.

"Pertanian ialah tanggungjawab bersama, dan Jelebu AgroFest membuktikan bahawa sinergi komuniti mampu mencipta gelombang perubahan ke arah masa depan yang lebih mampan."

image berita
Peluang dan Manfaat kepada Usahawantani melalui 40 Insentif Pertanian 2025

PORT DICKSON, 3 DISEMBER 2024 :  Jabatan Pertanian Negeri Sembilan terus komited dalam merangka dan melaksanakan pembangunan sektor pertanian yang lebih mampan dan berimpak tinggi bagi tahun 2025.

Melalui bengkel perancangan pembangunan yang telah selesai dengan jayanya, sebanyak 40 insentif telah dirangka, disokong oleh inisiatif belanjawan dengan peruntukan sebanyak RM12.698 juta. Anggaran ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 1,900 usahawantani prospek di seluruh negeri.

Matlamat utama jabatan adalah untuk memastikan perkhidmatan yang berkualiti, menyokong pertumbuhan komuniti tani, serta memperkukuhkan sektor pertanian sebagai penyumbang utama ekonomi Negeri Sembilan. Bersama-sama, kita membina asas kukuh untuk mencapai kemajuan sektor pertanian pada masa hadapan.

image berita
Program Hari Bertemu Pelanggan dan Karnival Agrofest Pejabat Pertanian Daerah Port Dickson


PORT DICKSON, 11 OKTOBER 2024 : Majlis Perasmian Program Hari Bertemu Pelanggan dan Karnival Agrofest  Pejabat Pertanian Daerah Port Dickson yang telah di rasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Mohd Faizal Bin Ramli Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital Negeri Sembilan. Turut hadir sama Pengarah Pertanian Negeri Sembilan Encik Hisyam Bin Yaacob dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Encik Ahmad Syafiq Bin Amin. Yang Berhormat Datuk juga telah menyampaikan kepada usahawan insentif-insentif yang diterima tahun 2024 dibawah Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan.
Hari Bertemu Pelanggan dan Karnival Agrofest Pejabat Pertanian Daerah Port Dickson ini adalah merupakan merupakan salah satu  methodologi pengembangan untuk menghebahkan program dan aktiviti jabatan/ agensi, menyampaikan maklumat serta teknologi terkini khususnya kepada pelanggan-pelanggan Jabatan/ agensi.
Di samping itu juga, ia merupakan satu platform di mana pelbagai ilmu diperolehi melalui pameran teknologi atau temuan baru yang dijalankan oleh jabatan, agensi kerajaan dan swasta yang bersesuaian dengan sektor ini kearah pertanian moden dan perindustrian.
Program ini juga telah berlangsung selama 2 hari . Antara pengisian sepanjang 2 hari ini adalah seperti kursus Tanaman Cili dan Terung, Kursus Hasilan Buah – Buahan , Pertandingan mewarna . menyusun Puzzle, Pocket Talk dari jabatan/agensi, cabutan bertuah dan sebagainya bagi memeriahkan program ini. Program ini juga  melibatkan agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sahaja  dan juga melibatkan pelbagai agensi lain seperti yang kita dapat lihat di sini iaitu  Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, KEMAS  serta Jabatan Kebajikan Masyarakat dan banyak lagi. Pempamir dari luar Agensi Kerajaan juga mengambil bahagian dalam program kita pada hari.

image berita
Hari Informasi Pertanian Peringkat Daerah Seremban

SEREMBAN, 28 SEPTEMBER 2024 :  Hari Informasi Pertanian Peringkat Daerah Seremban telah berlangsung selama 2 hari di Benteng Ampangan, program majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh YB Hajah Tengku Zamrah Binti Tengku Sulaiman
.
Terdapat pelbagai aktiviti telah dilaksanakan pada hari ke dua program ini antaranya:
✅Pertandingan mewarna kanak-kanak
✅Kursus Pembuatan Hasilan Nenas
✅Kursus Semaian Sayuran
✅Taklimat dari YAPIEM
✅Cabutan nama bertuah
✅Pameran jabatan dan agensi kerajaan swasta
 .
Terima kasih diucapkan pada semua pihak yang hadir dan memberi sokong dalam menjayakan program ini. Semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan.

image berita
Karnival Gogar Sekampung @ Homestay Lonek dan Jempol Agrofest 2024

Majlis Perasmian Karnival Gogar Sekampung @ Homestay Lonek dan Jempol Agrofest 2024 telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Jalaluluddin bin Hj Alias, Exco Kanan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan.

Majlis telah diadakan bermula pada 4 hingga 6 Oktober 2024 bertempat di Homestay Lonek, Batu Kikir. Pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang program ini berlangsung antaranya Kursus Pertanian Kursus Urban Farming, Kursus Pembuatan Baja Natural Farming,  Pertandingan Puzzle dan mewarna kanak kanak, Kursus Industri Asas Tani Pembuatan Pulut Mangga, Pameran Jabatan , Pelbagai Pertandingan, gerai-gerai Jualan  dan lain-lain lagi.

MYHRMIS MOBILE
PUBLICATION
ELECTRONIC ARCHIVE
ePunch Card
ONLINE PROCUREMENT ANNOUNCEMENT
language
carian terperinci
Bilangan Hakmilik Strata Mengikut Negeri