Kementerian ada menyediakan insentif dan bantuan kepada yang layak bagi membantu usahawan industri asas tani mengembangkan lagi projek yang diusahakan dan ianya dipanggil Geran Pemadanan. Geran Pemadanan ini terbahagi kepada dua (2) iaitu Change Upgrade Product (CUP) (70% geran, 30% usahawan) bagi usahawan Tahap 1-3 dan High Impact Product (HIP) (50% geran, 50% usahawan) bagi usahawan Tahap 4-5. Geran Pemadanan ini akan membantu usahawan dalam bentuk barangan / peralatan dan Kerajaan akan menanggung sebahagian dari kos barangan / peralatan tersebut.
| Geran Pemadanan yang ditawarkan bagi Projek Industri Asas Tani adalah seperti berikut : | |
| a) Change Upgrade Product (CUP) : | |
| i) | Kajian nutrisi dan jangka hayat produk |
| ii) | Reka bentuk pembungkusan dan pelabelan produk |
| iii) | Peningkatan kapasiti pengeluaran |
| iv) | Penambahbaikan premis sedia ada |
| v) | Perolehan papan tanda perniagaan |
| b) High Impact Product (HIP) : | |
| i) | Kajian nutrisi dan jangka hayat produk |
| ii) | Reka bentuk pembungkusan dan pelabelan produk |
| iii) | Peningkatan kapasiti pengeluaran |
| iv) | Penambahbaikan premis sedia ada |
Peserta akan didedahkan dengan pelbagai aspek penting yang perlu ada dalam perniagaan seperti Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP), Pemasaran, Perakaunan, Keusahawanan dll. Peserta juga diberikan latihan secara hands-on berkaitan aktiviti pemprosesan produk mengikut bidang yang ditawarkan. Peserta juga dilatih untuk menjadi seoarang usahawan yang berjaya.
| Cara-cara bagi memohon Geran Pemadanan Projek Industri Asas Tani adalah seperti berikut : | ||
| i) | Dapatkan borang permohonan daripada Jabatan Pertanian Negeri | |
| ii) | Usahawan perlu mengembalikan kepada Jabatan/Agensi borang permohonan lengkap berserta dokumen sokongan seperti berikut : | |
| - | Senarai Semak Permohonan Geran Pemadanan; | |
| - | Empat (4) salinan Borang Permohonan Geran Pemadanan (Borang GPMOA 1); | |
| - | Empat (4) salinan Pelan Perniagaan; dan | |
| - | Dokumen sokongan berkaitan (daftar perniagaan, penyata kewangan, penyata untung rugi, penyata bank, surat kelulusan pinjaman/mikro kredit (sekiranya perlu), salinan laporan CTOS/CCRIS, salinan dokumen hak milik tanah, surat perjanjian sewa, sebut harga pembekal, katalog dan spesifikasi mesin/peralatan, pelan susun atur/layout plan dan butiran kerja/bill of quantity penambahbaikan premis), jika berkenaan. | |