Laman Web Rasmi
Jabatan Pertanian
Negeri Sembilan Darul Khusus
Laman Web Rasmi
Jabatan Pertanian Negeri Sembilan
Darul Khusus
 

Berita Terkini

Berita Terkini

image
Jelebu AgroFest 2025 Cerminkan Kolaborasi Komuniti Agro Makanan

Kuala Klawang, 22 Jun 2025 – Jelebu AgroFest 2025 yang berlangsung selama tiga hari bermula 20 hingga 22 Jun 2025 di Stadium Majlis Daerah Jelebu telah melabuhkan tirainya dengan penuh warna-warni dan impak yang membanggakan.Penganjuran festival berkonsepkan pertanian ini bukan sahaja menonjolkan Jelebu sebagai Hab Durian Negeri Sembilan malah memperkukuh peranan daerah ini dalam mendukung keterjaminan makanan dan memperkasakan komuniti agro makanan tempatan.Dengan tema "Gerbang Kolaborasi Komuniti Agro Makanan", Jelebu AgroFest 2025 menghimpunkan pelbagai agensi, institusi pengajian, usahawan tani dan komuniti setempat dalam menjayakan pengisian seperti:Sesi teknikal oleh pakar UPM, FAMA, Bahagian Biosekuriti dan sektor swasta Demonstrasi masakan dan teknologi seperti penggunaan dron dalam pertanianPertandingan & aktiviti keluarga seperti mewarna, memasak dan Musang BerjanggutJualan Nismilan Prihatin & Jualan Rahmah, dengan harga mesra rakyatSesi Walkabout oleh YTM Dato’ Undang Luak JelebuMajlis Perasmian Penutup oleh YB. Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias, EXCO Kanan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan.Lebih 5,000 pengunjung hadir sepanjang tempoh penganjuran, membuktikan minat dan kesedaran masyarakat terhadap peranan sektor pertanian sebagai teras pembangunan ekonomi luar bandar.Pengarah Pertanian Negeri Sembilan, YBrs. Encik Hisyam bin Yacob, dalam ucapan aluannya menzahirkan harapan agar program ini dapat diperluaskan ke daerah lain sebagai platform pembelajaran, promosi dan rangkaian bagi semua pihak yang terlibat dalam rantaian agro makanan.Pejabat Pertanian Daerah Jelebu merakamkan penghargaan kepada semua rakan strategik, jabatan teknikal, komuniti serta sokongan padu daripada YB. ADUN Klawang, YBrs. Pegawai Daerah Jelebu, dan barisan jawatankuasa kerja yang telah menjayakan penganjuran ini."Pertanian ialah tanggungjawab bersama, dan Jelebu AgroFest membuktikan bahawa sinergi komuniti mampu mencipta gelombang perubahan ke arah masa depan yang lebih mampan."

image
Program Hari Bertemu Pelanggan dan Karnival Agrofest Pejabat Pertanian Daerah Port Dickson

PORT DICKSON, 11 OKTOBER 2024 : Majlis Perasmian Program Hari Bertemu Pelanggan dan Karnival Agrofest  Pejabat Pertanian Daerah Port Dickson yang telah di rasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Mohd Faizal Bin Ramli Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital Negeri Sembilan. Turut hadir sama Pengarah Pertanian Negeri Sembilan Encik Hisyam Bin Yaacob dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Encik Ahmad Syafiq Bin Amin. Yang Berhormat Datuk juga telah menyampaikan kepada usahawan insentif-insentif yang diterima tahun 2024 dibawah Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan.Hari Bertemu Pelanggan dan Karnival Agrofest Pejabat Pertanian Daerah Port Dickson ini adalah merupakan merupakan salah satu  methodologi pengembangan untuk menghebahkan program dan aktiviti jabatan/ agensi, menyampaikan maklumat serta teknologi terkini khususnya kepada pelanggan-pelanggan Jabatan/ agensi. Di samping itu juga, ia merupakan satu platform di mana pelbagai ilmu diperolehi melalui pameran teknologi atau temuan baru yang dijalankan oleh jabatan, agensi kerajaan dan swasta yang bersesuaian dengan sektor ini kearah pertanian moden dan perindustrian.Program ini juga telah berlangsung selama 2 hari . Antara pengisian sepanjang 2 hari ini adalah seperti kursus Tanaman Cili dan Terung, Kursus Hasilan Buah – Buahan , Pertandingan mewarna . menyusun Puzzle, Pocket Talk dari jabatan/agensi, cabutan bertuah dan sebagainya bagi memeriahkan program ini. Program ini juga  melibatkan agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sahaja  dan juga melibatkan pelbagai agensi lain seperti yang kita dapat lihat di sini iaitu  Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, KEMAS  serta Jabatan Kebajikan Masyarakat dan banyak lagi. Pempamir dari luar Agensi Kerajaan juga mengambil bahagian dalam program kita pada hari.

Kalendar

Tapisan Paparan:
facebook icon
twitter icon
tiktok icon
MYHRMIS MOBILE
PUBLICATION
ELECTRONIC ARCHIVE
ePunch Card
ONLINE PROCUREMENT ANNOUNCEMENT
language
carian terperinci
Bilangan Hakmilik Strata Mengikut Negeri