Laman Web Rasmi
Jabatan Pertanian
Negeri Sembilan Darul Khusus
Laman Web Rasmi
Jabatan Pertanian Negeri Sembilan
Darul Khusus

Jelebu AgroFest 2025 Cerminkan Kolaborasi Komuniti Agro Makanan

current-image
JPNS
JPNS
JPNS
JPNS
JPNS

Kuala Klawang, 22 Jun 2025 – Jelebu AgroFest 2025 yang berlangsung selama tiga hari bermula 20 hingga 22 Jun 2025 di Stadium Majlis Daerah Jelebu telah melabuhkan tirainya dengan penuh warna-warni dan impak yang membanggakan.

Penganjuran festival berkonsepkan pertanian ini bukan sahaja menonjolkan Jelebu sebagai Hab Durian Negeri Sembilan malah memperkukuh peranan daerah ini dalam mendukung keterjaminan makanan dan memperkasakan komuniti agro makanan tempatan.

Dengan tema "Gerbang Kolaborasi Komuniti Agro Makanan", Jelebu AgroFest 2025 menghimpunkan pelbagai agensi, institusi pengajian, usahawan tani dan komuniti setempat dalam menjayakan pengisian seperti:

Sesi teknikal oleh pakar UPM, FAMA, Bahagian Biosekuriti dan sektor swasta 

Demonstrasi masakan dan teknologi seperti penggunaan dron dalam pertanian

Pertandingan & aktiviti keluarga seperti mewarna, memasak dan Musang Berjanggut

Jualan Nismilan Prihatin & Jualan Rahmah, dengan harga mesra rakyat

Sesi Walkabout oleh YTM Dato’ Undang Luak Jelebu

Majlis Perasmian Penutup oleh YB. Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias, EXCO Kanan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan.

Lebih 5,000 pengunjung hadir sepanjang tempoh penganjuran, membuktikan minat dan kesedaran masyarakat terhadap peranan sektor pertanian sebagai teras pembangunan ekonomi luar bandar.

Pengarah Pertanian Negeri Sembilan, YBrs. Encik Hisyam bin Yacob, dalam ucapan aluannya menzahirkan harapan agar program ini dapat diperluaskan ke daerah lain sebagai platform pembelajaran, promosi dan rangkaian bagi semua pihak yang terlibat dalam rantaian agro makanan.

Pejabat Pertanian Daerah Jelebu merakamkan penghargaan kepada semua rakan strategik, jabatan teknikal, komuniti serta sokongan padu daripada YB. ADUN Klawang, YBrs. Pegawai Daerah Jelebu, dan barisan jawatankuasa kerja yang telah menjayakan penganjuran ini.

"Pertanian ialah tanggungjawab bersama, dan Jelebu AgroFest membuktikan bahawa sinergi komuniti mampu mencipta gelombang perubahan ke arah masa depan yang lebih mampan."

MYHRMIS MOBILE
PUBLICATION
ELECTRONIC ARCHIVE
ePunch Card
ONLINE PROCUREMENT ANNOUNCEMENT
language
carian terperinci
Bilangan Hakmilik Strata Mengikut Negeri