- Khidmat perundingan & nasihat teknikal akan diberi dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap.
- Khidmat kepakaran analisis makmal dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap seperti berikut:
- Analisis tanah
- ringkas dalam tempoh 7 hari.
- separa dalam tempoh 35 hari.
- lengkap dalam tempoh 60 hari.
- Analisis baja
- ringkas dalam tempoh 7 hari.
- lengkap dalam tempoh 35 hari.
- Analisis daun dalam tempoh 30 hari.
- Khidmat Regulatori
- A) Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 : Keputusan bagi permohonan sijil / permit / lesen yang memenuhi syarat / keperluan dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap seperti berikut:
- i) Permit import bagi tumbuhan, bahan tanaman, media tanaman, bahan pembungkus, tanih, baja organik dan organisma berfaedah dalam tempoh 5 hari.
- ii) Sijil Fitosanitasi dan Sijil CITES (Convention on International Trade in Endangered Species) dalam tempoh 2 hari.
- B) Akta Racun Makhluk Perosak 1974 : Keputusan bagi permohonan sijil / permit / lesen yang memenuhi syarat / keperluan dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap seperti berikut:
- i) Permit import racun makhluk perosak yang tidak berdaftar untuk tujuan pelajaran / penyelidikan dalam tempoh 10 hari.
- ii) Pelesenan pemakai dan pembantu pemakai racun makhluk perosak dalam tempoh 10 hari.
- iii) Pelesenan premis untuk menjual / menyimpan untuk jualan dalam tempoh 15 hari.
- Khidmat Inspektorat (Pensijilan dan Pengesahan)
- A) Keputusan bagi permohonan pensijilan yang memenuhi syarat dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap seperti berikut:
- i) Pensijilan myGAP (Malaysian Good Agriculture Practices) dalam tempoh 2 tahun.
- ii) Pensijilan myOrganic (Malaysian Organic) dalam tempoh 3 tahun.
- B) Pensijilan yang memenuhi syarat / keperluan dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap seperti berikut:
- i) Pensijilan MPCA (Malaysian Phytosanitary Certification Assurance Scheme), MAFAS (Malaysian Fumigation Accreditation Scheme) dan MAHTAS (Malaysian Heat Treatment Accreditation Scheme) dalam tempoh 30 hari.
- C) Perakuan pengesahan kualiti bagi konsainan benih padi dan bahan tanaman yang memenuhi syarat dan standard dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap.
- Aduan pelanggan akan dijawab dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh terima aduan.
** Tempoh masa merujuk kepada bilangan hari bekerja