Laman Web Rasmi
Jabatan Pertanian
Negeri Sembilan Darul Khusus
Laman Web Rasmi
Jabatan Pertanian Negeri Sembilan
Darul Khusus

Arkib Berita

Arkib Berita

image berita
Majlis Amanat Pengarah Pertanian Negeri dan Majlis Apresiasi 2023 Jabatan Pertanian Negeri Sembilan

SEREMBAN , 20 FEBRUARI 2024 - Majlis Amanat Pengarah Pertanian Negeri dan Majlis Apresiasi 2023 Jabatan Pertanian Negeri Sembilan telah diadakan bertempat di D'Tempat Country Club , Sendayan . Majlis dihadiri oleh semua warga Jabatan Pertanian Negeri Sembilan termasuk Bahagian Teknikal (Persekutuan) untuk mendengar hala tuju bagi memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan pengembangan pertanian seiring dengan tema Belanjawan 2024 Negeri Sembilan iaitu "Bersama Membina Negeri Madani"

Di majlis ini juga turut meraikan pegawai yang telah bertukar , pesara-pesara Jabatan serta menghargai pencapaian pegawai-pegawai lapangan yang cemerlang dan sentiasa dinamik dalam membantu petani untuk meningkatkan pengeluaran hasil.

Semoga dengan penganugerahan ini dapat menjadi aspirasi kepada pegawai lain untuk terus berdedikasi dalam menjalankan tugas dan tingkatkan semangat kerja berpasukan untuk menjadi barisan hadapan jabatan yang hebat.

 

image berita
Seminar Pemantapan Usahawan Industri Asas Tani

PORT DICKSON, 15 FEBRUARI 2024 - Seminar Pemantapan Usahawan Industri Asas Tani Jabatan Pertanian Negeri Sembilan 2024 telah diadakan pada 14 hingga 15 Februari 2024 bertempat di Hotel Avilliaon Admiral Cove, Port Dickson.

Seminar Pemantapan Usahawan Industri Asas Tani pada kali ini, menekankan faktor dan kehendak tatacara dan pembangunan produk ke arah pengekspotan. Antara pengisian yang diketengahkan adalah berkaitan inovasi pembangunan dan pembungkusan produk, pengurusan HALAL serta pemasaran di peringkat anatarabangsa.

Selain itu ia juga dapat dijadikan salah satu batu loncatan dan peniup semangat para usahawan untuk meningkatkan pengeluaran produk untuk diketengahkan ke peringkat global dan secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan KDNK negara.

image berita
Sesi libat urus : Syarikat Pengilang Padi bersama usahawan PADI Negeri Sembilan

KUALA PILAH,  5 FEBRUARI 2024 - Sesi libat urus antara Syarikat Pengilang Padi bersama usahawan PADI telah diadakan bertempat di PPN Bahagaian Jentera,Pusat Mekanisasi Peladang, Melang. 

Di dalam sesi ini, ucaptama telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Haji Jalaluddin Alias Bin Haji Alias serta sesi berdialog bersama pesawah,Jabatan/Agensi telah berlaku dan seterusnya dapat merungkai beberapa isu yang berkaitan untuk keharmonian bersama.

Sesi libat urus ini,merupakan salah satu langkah dalam usaha mempunyai satu pusat pemprosesan padi berskala kecil bagi pengeluaran beras di Negeri Sembilan.Dengan adanya peningkatan pengeluaran beras yang kian positif pusat pengumpulan ini adalah relevan dan penting dalam memastikan keperluan beras di negeri ini mencukupi bagi keperluan rakyat.

Semoga usaha ini dapat menyokong agenda sekuriti makanan dalam menjamin dan meningkatkan bekalan makanan Negeri Sembilan secara khususnya.

image berita
Seminar Pemerkasaan Kebuniti Madani

SEREMBAN, 30 Januari 2024 - Seminar Pemerkasaan Kebuniti Madani telah diadakan pada 30 hingga 31 Januari 2024 bertempat Klana Resort Seremban. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Mohd Asna bin Amin. Seminar ini telah dihadiri seramai 130 orang peserta dari seluruh Negeri Sembilan.

KEBUNITI MADANI merupakan salah satu Inisiatif kerajaan dalam usaha mengurangkan kos sara hidup serta memberi pendedahan kepada rakyat untuk menikmati hasil tanaman yang selamat dan segar serta menyokong kepada kelestarian alam & seterusnya meningkatkan interaksi sosial di kalangan masyarakat setempat.

Program ini berlandaskan objektifnya iaitu: 1) Meningkatkan aktiviti pertanian komoditi sebagai gerakkan negara (nation move) ke arah sekuriti makanan negara 2) Meningkatkan pengeluaran kebun komuniti (tanaman, akuakultur dan ternakan) untuk kegunaan sendiri komuniti 3) Mengukuhkan rantaian pengeluaran hasil pertanian komuniti. Kebuniti Madani ini melibatkan 3 sektor utama iaitu Sektor Tanaman, Sektor Ternakan dan Sektor Perikanan.

 Semoga dengan adanya program seperti ini akan dapat menarik lebih ramai peserta dalam bidang pertanian seterusnya berupaya menghasilkan makanan sendiri. Kami, Jabatan Pertanian sentiasa terbuka untuk berkongsi dan memberi panduan kepada yang berminat.

image berita
Lawatan Ketua Setiausaha

SEREMBAN, 5 DISEMBER 2023 - Lawatan kerja YBhg Datuk Seri Lokman Hakim Bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ke Projek Perkampungan Al Hijrah Jalan Pantai-Lenggeng.

Hadir sama semasa lawatan kerja ini ialah Dato Nor Sam Binti Alwi, Ketua Pengarah Pertanian Malaysia, Dr Akma binti Ngah Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dato' Hj Azahari bin Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur Jabatan Perikanan Malaysia dan Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian N. Sembilan serta ketua ketua jabatan/agensi KPKM InC Negeri Sembilan.

Hijrah Village ini merancang untuk membangunkan prasarana Agro secara bersepadu melibatkan tanaman makanan, akuakultur dan ternakan. Disamping itu, ia juga akan menjadi sebuah komuniti baru yg seimbang dalam pembangunan rohani, sosial dan ekonomi menjelang 2030.

MYHRMIS MOBILE
PUBLICATION
ELECTRONIC ARCHIVE
ePunch Card
ONLINE PROCUREMENT ANNOUNCEMENT
language
carian terperinci
Bilangan Hakmilik Strata Mengikut Negeri