SEREMBAN, 28 SEPTEMBER 2024 : Hari Informasi Pertanian Peringkat Daerah Seremban telah berlangsung selama 2 hari di Benteng Ampangan, program majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh YB Hajah Tengku Zamrah Binti Tengku Sulaiman
.
Terdapat pelbagai aktiviti telah dilaksanakan pada hari ke dua program ini antaranya:
✅Pertandingan mewarna kanak-kanak
✅Kursus Pembuatan Hasilan Nenas
✅Kursus Semaian Sayuran
✅Taklimat dari YAPIEM
✅Cabutan nama bertuah
✅Pameran jabatan dan agensi kerajaan swasta
.
Terima kasih diucapkan pada semua pihak yang hadir dan memberi sokong dalam menjayakan program ini. Semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan.