Laman Web Rasmi
Jabatan Pertanian
Negeri Sembilan Darul Khusus
Laman Web Rasmi
Jabatan Pertanian Negeri Sembilan
Darul Khusus

Arkib Berita

Arkib Berita

image berita
Lawatan Perdana Menteri Ke Pavilion N.Sembilan Sempena MAHA 2022
SERDANG, 13 OGOS 2022 - Hari kesepuluh penganjuran MAHA menyaksikan Pavilion Negeri Sembilan menerima kunjungan pengunjung yang begitu ramai. Kemeriahan pada hari ini diwarnai lagi dengan kehadiran YAB Dato' Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke Pavilion Negeri Sembilan.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah meluangkan masa beramah mesra bersama pempamer dan usahawan di pavilion ini. Kesudian YAB Perdana Menteri meluangkan masa amatlah dihargai dan dapat memberi keceriaan kepada semua pihak yang terlibat dalam Pavilion Negeri Sembilan. Terdahulu, YAB telah melawat kesemua pavilion negeri yang terdapat di Laman Pavilion Negeri.
image berita
Lawatan Menteri Besar N.Sembilan Ke Pavilion N.Sembilan Sempena MAHA 2022
SERDANG, 12 OGOS 2022 - Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun telah melapangkan masa dengan menghadirkan diri ke MAHA 2022 pada hari ke-9 ini. Antara destinasi yang YAB Dato Seri' singgah adalah Pavilion Negeri Sembilan, Pavilion Melaka, Pavilion Negeri Selangor, Laman Ternakan, Laman Perikanan, Laman Sayur dan Herba.
Banyak kata-kata semangat telah dititipkan kepada para usahawan di Pavilion Negeri Sembilan bagi menaikkan lagi semangat mereka. YAB Dato' Seri turut kagum dengan pameran yang telah ditonjolkan di setiap laman yang dilawati.
image berita
Lawatan YB Exco Ke Pavilion N.Sembilan Sempena MAHA 2022
SERDANG, 6 OGOS 2022 - Yang Berhormat Dato' Ir. Haji Bakri bin Sawir, Pengerusi Bertindak Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan telah meluangkan masa beliau melawat ke Pavilion Negeri Sembilan sempena berlangsungnya perasmian MAHA.
Yang Berhormat Dato' telah meluangkan masa dengan beramah mesra dan turut memberi kata-kata semangat kepada para pempamer dan usahawan yang terdapat di dalam Pavilion Negeri Sembilan. Yang Berhormat Dato' turut hadir bersama isteri,Datin Nor Azilina binti Abd Aziz dan diiringi ketua-ketua jabatan di bawah MAFI Inc Negeri Sembilan.
Usai lawatan di Pavilion Negeri Sembilan, YB Dato' turut melawati Laman Nanas, Laman Perikanan, Laman Mekanisasi dan Laman Agro-Food Florikultur - Miracle Garden
MYHRMIS MOBILE
PUBLICATION
ELECTRONIC ARCHIVE
ePunch Card
ONLINE PROCUREMENT ANNOUNCEMENT
language
carian terperinci
Bilangan Hakmilik Strata Mengikut Negeri