Laman Web Rasmi
Jabatan Pertanian
Negeri Sembilan Darul Khusus
Laman Web Rasmi
Jabatan Pertanian Negeri Sembilan
Darul Khusus

Arkib Berita

Arkib Berita

image berita
Majlis Pelancaran Beras Negeri Sembilan

SEREMBAN , 01 OGOS 2024 - Telah sempurna Pelancaran Beras Negeri Sembilan oleh Datuk Seri Hj Jalaluddin bin Hj Alias ; Exco Kanan Kerajaan N. Sembilan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan pada petang tadi.

Nama "Perpatih" telah dipilih bagi jenama beras Negeri Sembilan ini yang mana ia menjadi satu lagi titik sejarah baharu di NS Fest 2024 untuk Negeri Sembilan ini menghasilkan beras tempatan sendiri.

Semua padi ini telah dihantar oleh pesawah ke Pusat Pengumpulan Padi Negeri Sembilan bertempat di Melang, Kuala Pilah pada awal Februari lalu untuk diproses menjadi beras dengan kerjasama syarikat swasta di Selangor. Untuk tuaian pertama bagi Beras Perpatih ini, sebanyak 387 metrik tan telah diproses dan dibungkus dengan saiz 5kg setiap satu.

Sempena Majlis pelancaran beras Negeri Sembilan ini,telah diadakan penyampaian pemenang pertandingan penjenamaan beras Negeri Sembilan dan penerima insentif pengeluaran hasil padi telah disampaikan oleh Datuk Seri Hj Jalaluddin bin Hj Alias ; Exco Kanan Kerajaan N. Sembilan

image berita
Perasmian Negeri Sembilan Festival (NS Fest 2024)

SEREMBAN , 28 JULAI 2024 - Perasmian Negeri Sembilan Festival (NS Fest 2024) telah diadakan di Dataran Nilai yang telah disempurnakan oleh Dato' Seri Utama Haji Aminudin bin Harun, Menteri Besar N.Sembilan.

Penganjuran NSFEST pada tahun ini akan menggabungkan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan (HPPN NS), Arena Usahawan serta Negeri Sembilan Food Festival yang bakal menggegarkan Dataran Nilai sepanjang 8 Hari, 10 pagi hingga 10 malam, bermula 27 Julai sehingga 3 Ogos 2024 ini.

image berita
Lawatan Ketua Pengarah Pertanian ke projek Agropelancongan Durian di Thana Orchard, Port Dickson
PORT DICKSON , 22 JULAI 2024 :  Dato' Norsam binti Alwi, Ketua Pengarah Pertanian bersama semua Pengarah Bahagian Jabatan Pertanian Malaysia telah membuat lawatan projek Agropelancongan Durian di Thana Orchard, Port Dickson selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Jabatan Pertanian Malaysia.

Projek berkeluasan 1.4 ha itu mempunyai pelbagai koleksi pokok durian kampung premium yang mana usia menjangkau lebih 10 tahun. Rasa durian kampung premium disini amat unik, punyai rasa manis bagai makan aiskrim bercampur sedikit pahit dan lemak. Selain ada pokok buah durian Sultan, Musang King dan Duri Hitam yang mana projek ini juga telah mengamalkan Amalan Pertanian Baik di ladang dan pemegang sijil myGAP.

Jika datang ke Port Dickson semasa musim durian, datanglah ke Thana Orchard ini bersama keluarga untuk merasai suasana kebun selepas main pasir di pantai peranginan popular di Port Dickson.

image berita
Pra Pelancaran NS Fest 2024

SEREMBAN, 19 JULAI 2024 - Pra-Pelancaran Negeri Sembilan Festival (NS Fest 2024) telah diadakan di Majlis Bandaraya Seremban yang telah disempurnakan oleh Dato' Seri Utama Haji Aminudin bin Harun, Menteri Besar N.Sembilan.

Penganjuran NSFEST pada tahun ini akan menggabungkan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan (HPPN NS), Arena Usahawan serta Negeri Sembilan Food Festival yang bakal menggegarkan Dataran Nilai sepanjang 8 Hari, 10 pagi hingga 10 malam, bermula 27 Julai sehingga 3 Ogos 2024 ini.

Sebanyak 250 reruai yang akan turut serta memeriahkan lagi festival ini yang melibatkan penyertaan daripada usahawan yang terdiri daripada pelbagai industri dan Jabatan/ Agensi Negeri serta Persekutuan.

image berita
Lawatan Ketua Pengarah Pertanian ke Projek Kluster Durian Ulu Beranang

SEREMBAN - 3 JULAI 2024 : Ketua Pengarah Pertanian Dato' Nor Sam binti Alwi berkesempatan meluangkan masa turun ke projek diiringi oleh Encik Johari bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pengembangan) dan pengarah-pengarah bahagian ke Projek Kluster Durian Ulu Branang Seremban. Dengan luas hampir 50 ha ini ia melibatkan 60 orang peserta dan mempunyai pelbagai klon durian antaranya Durian Dato Nina, Kampung Premium, Durian Sultan, MDUR88, Raja Kunyit, Udang Merah dan Duri Hitam.

Turut mengetengahkan konsep Agropelancongan dan mempunyai pakej rumah inap dalam dusun yang menarik dan selesa di Dusun Nas. Terdapat satu keunikan sini yang mana mempunyai pokok Durian Sompo /Burung yang dipercayai berusia lebih 100 tahun yang masih produktif dan mampu menghasilkan buah antara 500 - 700 biji setahun.

Semoga kerjasama peserta Pekebun Durian Ulu Beranang ini berkekalan dalam membangunkan ekonomi setempat dan industri durian di daerah Seremban.

MYHRMIS MOBILE
PUBLICATION
ELECTRONIC ARCHIVE
ePunch Card
ONLINE PROCUREMENT ANNOUNCEMENT
language
carian terperinci
Bilangan Hakmilik Strata Mengikut Negeri