Laman Web Rasmi
Jabatan Pertanian
Negeri Sembilan Darul Khusus
Laman Web Rasmi
Jabatan Pertanian Negeri Sembilan
Darul Khusus

Arkib Berita

Arkib Berita

image berita
SEMINAR TANAMAN DURIAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2022

JELEBU, 01 DISEMBER 2022 - Seminar Tanaman Durian Peringkat Negeri Sembilan telah diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Jelebu. Program turut dihadiri oleh YB Dato' Ir Haji Bakri bin Sawir, Exco Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan. Program ini telah dihadiri seramai 70 orang peserta.

Antara pengisian Seminar ini ialah  1.Tanam Durian di Tanah Bercerun  2.Pembajaan (Benh Mayer)  3.Pembajaan (INO)  4.Kriteria Pengeksportan Durian 5.Penggunaan Racun Pada Tanaman Durian 6.Mekanisasi Ladang Tanaman Durian 7.Cantuman Durian  8.Hands On Pengecaman Varieti Durian.

image berita
Seminar Pemantapan Usahawan Industri Makanan
PORT DICKSON, 11 OKTOBER 2022 - Seminar Pemantapan Usahawan Industri Makanan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan Tahun 2022 telah diadakan pada 11 dan 12 Oktober 2022 bertempat D'Wharf Hotel & Serviced Residence . Seminar ini telah di rasmikan oleh Y.B Dato' Ir. Hj.Bakri bin Sawir , Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan. Seramai 35 orang usahawan telah menyertai seminar ini.
 
Seminar ini merupakan salah satu usaha kerajaan melalui Jabatan Pertanian Negeri Sembilan bagi memperkukuhkan kualiti dan nilai tambah produk agro makanan yang dihasilkan oleh usahawan dan merupakan salah satu platform penyampaian ilmu melibatkan bidang keusahawan, pembiayaan dan penggunaan teknologi.

Antara Perkongsian Program ialah Pembiayaan Produk Agrobank,Program Pembangunan Usahawan,Perkongsian Pengalaman Usahawan,Trade Mark dan Penjenamaan Produk, Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri, Caruman Bersama Mobile Team  serta Label dan Pembungkusan.
image berita
Kursus Akreditasi Amalan Pertanian Baik Tanaman Padi & Buah-buahan
28 - 30 September 2022 - Kursus Akreditasi Amalan Pertanian Baik Tanaman Padi & Buah-buahan bagi Usahawan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan ke Rompin, Pahang
Kursus ini telah disertai oleh wakil usahawan dari setiap daerah yang mempunyai projek tanaman padi & buah buahan .
 
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan tentang kebaikan pensijilan myGAP / myOrganic. Ianya satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2002 untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan APB berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. myGAP merupakan penjenamaan semula bagi menggantikan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM). Skim ini dibangun berpandukan Malaysian Standard MS 1784:2005 Crop Commodities – Good Agricultural Practice (GAP).

Kami berkesempatan melawat projek tanaman padi dan buah buahan yang telah mendapat pensijilan di :
 
1)Projek Padi IADA, Sepayang
2)Projek Jambu Uncle Lang, Kuala Rompin

 

image berita
Program Galakan Pemasaran Zon Selatan Tahun 2022
SEREMBAN, 23 SEPTEMBER 2022 - Program Galakan Pemasaran Zon Selatan Tahun 2022 dan  Karnival Usahawan Industri Asas Tani dan Tanaman Makanan Negeri Sembilan telah diadakan bermula pada 20 hingga 26 September bertempat di Mydin Mall Seremban 2. Program ini turut disertai oleh usahawan-usahawan dari N.Sembilan, Johor, Melaka, N.Sembilan dan Selangor.
 
Walkabout Dato’ Eliyas Bin Saad (Timbalan Ketua Pengarah Pertanian Bahagian Pembangunan Industri & Pengembangan) telah diiringi oleh :
- Dr. Florence C.Ginibun @ Camillus (Timbalan Pengarah Seksyen Industri Asas Tani, Bahagian Pengembangan Pertanian Jabatan Pertanian Malaysia)
- Encik Hisyam Bin Yacob (Pengarah Pertanian Negeri Sembilan)
- En Wan Zulkarnain bin Baharuddin (Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Selangor)
- Puan Umairah Binti Abu Kasim (Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Sembilan)
- Puan Hajah Ruzilah binti Yaacob (Ketua Bahagian Industri Asas Tani Jabatan Pertanian Negeri Johor)
- Puan Siti Sapiah binti M.Razmi (Ketua Bahagian Pengembangan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan)
- Pegawai-pegawai daripada Jabatan Pertanian
 
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Jualan Promosi produk usahawan yang dibawa dari Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Selangor, Kuiz, Pertandingan Gubahan Buah-buahan, Demonstrasi Kek Marble, Demonstrasi Coklat Cookies dan lain-lain lagi.
image berita
Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin
SEREMBAN, 24 SEPTEMBER 2022 - Program ini diadakan di 8 DUN setiap hari Sabtu bermula pada 17 September yang lalu sehingga penghujung bulan Disember 2022. Lokasi program akan berubah-ubah untuk memastikan program ini dapat dilaksanakan di kesemua 36 DUN di negeri ini.
Program ini merupakan inspirasi daripada YAB Menteri Besar yang telah diterjemahkan perlaksanaannya oleh pelbagai Jabatan dan agensi di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan yang diterajui oleh Jabatan Pertanian bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta agensi kerajaan yang lain merangkumi aspek logistik, pembekalan serta penjualan yang seterusnya bagi mengurangkan kebergantungan terhadap orang tengah.
Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin telah dilaksanakan bagi membolehkan rakyat negeri ini mendapatkan barangan keperluan dengan harga 20-30% lebih murah dari harga pasaran.
Diharapkan dengan adanya insentif yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri ini dapat memberikan manfaat kepada penduduk setempat terutamanya bagi golongan B40 di Negeri ini.
MYHRMIS MOBILE
PUBLICATION
ELECTRONIC ARCHIVE
ePunch Card
ONLINE PROCUREMENT ANNOUNCEMENT
language
carian terperinci
Bilangan Hakmilik Strata Mengikut Negeri