Laman Web Rasmi
Jabatan Pertanian
Negeri Sembilan Darul Khusus
Laman Web Rasmi
Jabatan Pertanian Negeri Sembilan
Darul Khusus

Arkib Berita

Arkib Berita

image berita
Program Olek Melewar


SEREMBAN, 16 Oktober 2024 : Telah berlangsung Majlis Perasmian Program Olek Melewar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Raja Melewar Seremban yang melibatkan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan serta lain-lain agensi KPKM Inc N. Sembilan, Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Penjara, MAQIS, Perpustakaan Negara dan pelajar sekolah.
Program Olek Melewar 2024 kali ni membawakan tema "Pertanian dan Keterjaminan Makanan" cukup meriah dengan pengisian program melibatkan pelajar sekolah, siswa IPGM Kampus Raja Melewar serta kolaborasi dengan pihak swasta bagi memberi pendedahan tentang teknologi pertanian, robotik serta pertandingan antara sekolah sekolah.
Program yang berlangsung selama 2 hari ini amat bermanfaat kepada masyarakat untuk lebih dekat dengan bidang pertanian dan memupuk minat kepada anak bangsa untuk tanam apa yg dimakan dan makan apa yg ditanam yg semestinya selamat dan berkhasiat untuk dimakan serta mengutamakan hasil buah dan sayur tempatan berbanding produk luar. Semoga kolaborasi sektor pertanian dengan sektor pendidikan negeri ini dapat diperkasakan sebagai pemangkin kemenjadian minda pelajar kelas satu yang sihat dalam menyuburkan budaya baik bagi pembentukan masyakarat cemerlang pada masa akan datang.

image berita
Kempen Nasional ke arah Penanaman 100 Juta Pokok

JEMPOL , 24 SEPTEMBER 2024 : Jabatan Pertanian N. Sembilan bersama beberapa jabatan dan agensi Kerajaan Negeri telah bersama menjayakan Kempen Nasional ke arah Penanaman 100 Juta Pokok “Care for Green Tree Planting Programme” .

Bertempat di Kompartmen 16 Hutan Simpan Serting, Jempol seramai 25 orang kakitangan jabatan yang diketuai oleh Tuan Pengarah Jabatan Pertanian N. Sembilan telah berjaya menyelesaikan tugasan menanam sebanyak 625 pokok hutan bersama kakitangan JKR seluas 1 hektar. Keseluruhan 4 hektar kawasan yang berjaya ditanam hari ini dengan anggaran 2,500 pokok. Antara spesies yang ditanam ialah Meranti Melantai (S. macroptera) dan Merawan Kanching (H. subalata) dan Merawan Siput Jantan.

Semoga pokok yang ditanam subur menghijau menyejukkan bumi dan pemuliharaan khazanah hutan negeri ini.

image berita
Lawatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke MAHA 2024
SERDANG, 12 SEPTEMBER 2024 : Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud telah sudi mencemar duli berangkat ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (MAHA) yang terbesar di Malaysia.Pada kali ini, baginda berkenan melawat ke Pameran Teknologi Pertanian, Pavilion Negeri Sembilan, Laman Perikanan dan Laman Florikultur.

Turut mengiringi keberangkatan baginda ke MAHA ini adalah Yang Amat Berhormat Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, YB Dato' Zafir Bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan N. Sembilan, Datuk Seri Hj Jalaluddin bin Hj Alias, Exco Kanan Kerajaan N. Sembilan, selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan, Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan(KPKM) bersama lain lain Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, Ketua Jabatan dan wakil jabatan / agensi.

image berita
Lawatan FGV Agri Services Sdn Bhd kebun penanaman Sacha Inchi di Kuala Pilah

KUALA PILAH - FGV Agri Services Sdn Bhd yang diketuai oleh Tuan Haji Romzi bin Ishak, Ketua Divisyen R&D bersama 7 pegawai yang lain telah melawat ke kebun penanaman Sacha Inchi di Kuala Pilah.

 Lawatan ini adalah bertujuan berkongsi pandangan dalam mewujudkan jaringan baru serta kerjasama strategik antara pihak FGV Agri Services Sdn Bhd dengan usahawan dengan jenama produk Sachee.

 

Selesai taklimat oleh usahawan, kumpulan pegawai FGV Agri Services Sdn Bhd turut ke kebun untuk mempelajari kaedah penanaman, sistem pengairan serta diagnostik tanaman di mana ladang tersebut telah mendapat pensijilan myGAP. Selain itu, turut berpeluang melihat proses penghasilan minyak dan pembuatan teh dalam uncang.

Jabatan Pertanian N. Sembilan sentiasa terbuka untuk berkongsi dan saling bekerjasama dengan mana-mana agensi untuk pembangunan produk pertanian agar kekal utuh dalam menyumbang kepada sektor pertanian negeri ini

 

image berita
Lawatan Unit Integriti Jabatan Pertanian Malaysia
JELEBU - Lawatan Unit Integriti Jabatan Pertanian Malaysia ke Jabatan Pertanian Negeri Sembilan yang diketuai oleh KPKPj Tuan Jamaluddin bin Puteh bersama 16 orang pegawai telah diadakan di Pejabat Pertanian Daerah Jelebu. Siri lawatan ini adalah bagi perkongsian terhadap pengurusan organisasi jabatan kepada pematuhan peraturan & undang-undang berkuatkuasa serta memantau pelaksanaan projek pembangunan persekutuan di Negeri Sembilan ini.
 
Usai pembentangan, turut berkesempatan melawat projek di Kebun DZ, Kg Kemin seluas 8 ha yang mempunyai pelbagai koleksi pokok buah buahan seperti durian, nangka cempedak, matua, manggis dan lain-lain selain mempunyai fasiliti utk rekreasi bersama keluarga. Jabatan Pertanian N. Sembilan sentiasa berusaha untuk patuh pada peraturan dan mengamalkan prinsip integriti dalam setiap jiwa kakitangan agar pelaksanaan tugasan kekal pro aktif dan efisien untuk usahawantani negeri ini.

MYHRMIS MOBILE
PUBLICATION
ELECTRONIC ARCHIVE
ePunch Card
ONLINE PROCUREMENT ANNOUNCEMENT
language
carian terperinci
Bilangan Hakmilik Strata Mengikut Negeri