Majlis Perasmian Karnival Gogar Sekampung @ Homestay Lonek dan Jempol Agrofest 2024 telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Jalaluluddin bin Hj Alias, Exco Kanan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan.
Majlis telah diadakan bermula pada 4 hingga 6 Oktober 2024 bertempat di Homestay Lonek, Batu Kikir. Pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang program ini berlangsung antaranya Kursus Pertanian Kursus Urban Farming, Kursus Pembuatan Baja Natural Farming, Pertandingan Puzzle dan mewarna kanak kanak, Kursus Industri Asas Tani Pembuatan Pulut Mangga, Pameran Jabatan , Pelbagai Pertandingan, gerai-gerai Jualan dan lain-lain lagi.