- Dicipta: Rabu, 23 Oktober 2024 11:22
SEREMBAN, 16 OKTOBER 2024 : Telah berlangsung Majlis Perasmian Program Olek Melewar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Raja Melewar Seremban yang melibatkan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan serta lain-lain agensi KPKM Inc N. Sembilan, Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Penjara, MAQIS, Perpustakaan Negara dan pelajar sekolah.
Program Olek Melewar 2024 kali ni membawakan tema "Pertanian dan Keterjaminan Makanan" cukup meriah dengan pengisian program melibatkan pelajar sekolah, siswa IPGM Kampus Raja Melewar serta kolaborasi dengan pihak swasta bagi memberi pendedahan tentang teknologi pertanian, robotik serta pertandingan antara sekolah sekolah.
Program yang berlangsung selama 2 hari ini amat bermanfaat kepada masyarakat untuk lebih dekat dengan bidang pertanian dan memupuk minat kepada anak bangsa untuk tanam apa yg dimakan dan makan apa yg ditanam yg semestinya selamat dan berkhasiat untuk dimakan serta mengutamakan hasil buah dan sayur tempatan berbanding produk luar. Semoga kolaborasi sektor pertanian dengan sektor pendidikan negeri ini dapat diperkasakan sebagai pemangkin kemenjadian minda pelajar kelas satu yang sihat dalam menyuburkan budaya baik bagi pembentukan masyakarat cemerlang pada masa akan datang.
- Dicipta: Rabu, 25 September 2024 09:11
JEMPOL , 24 SEPTEMBER 2024 : Jabatan Pertanian N. Sembilan bersama beberapa jabatan dan agensi Kerajaan Negeri telah bersama menjayakan Kempen Nasional ke arah Penanaman 100 Juta Pokok “Care for Green Tree Planting Programme” .
Bertempat di Kompartmen 16 Hutan Simpan Serting, Jempol seramai 25 orang kakitangan jabatan yang diketuai oleh Tuan Pengarah Jabatan Pertanian N. Sembilan telah berjaya menyelesaikan tugasan menanam sebanyak 625 pokok hutan bersama kakitangan JKR seluas 1 hektar.
Keseluruhan 4 hektar kawasan yang berjaya ditanam hari ini dengan anggaran 2,500 pokok. Antara spesies yang ditanam ialah Meranti Melantai (S. macroptera) dan Merawan Kanching (H. subalata) dan Merawan Siput Jantan.
Semoga pokok yang ditanam subur menghijau menyejukkan bumi dan pemuliharaan khazanah hutan negeri ini.
- Dicipta: Isnin, 23 September 2024 09:31
SEREMBAN , 16 SEPTEMBER 2024: Kontinjen perarakan Maulidur Rasul 1446 AH Jabatan Pertanian Sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sembilan.
Sambutan Maulidur Rasul SAW adalah merupakan salah satu acara rasmi Kerajaan yang disambut setiap tahun sama ada di peringkat Persekutuan dan Negeri sesuai dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan Malaysia. Sambutan bukan sekadar untuk memperingati hari ulang tahun kelahiran Rasulullah SAW, malah ia menjadi wadah terbaik
dalam menyantuni masyarakat meneladani susur kehidupan, perjuangan dan sunnah Rasulullah SAW.
Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW tahun 2024 ini, Kerajaan telah memilih tema “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”. Tema ini adalah manifestasi dari intipati ajaran Rasulullah SAW dan ia merupakan satu tema yang sangat signifikan bagi memacu umat di negara ini ke arah kejayaan yang hakiki dunia dan akhirat.
- Dicipta: Jumaat, 13 September 2024 10:26
SERDANG, 12 SEPTEMBER 2024 : Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan
Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud telah sudi mencemar duli berangkat ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (MAHA) yang terbesar di Malaysia.
Pada kali ini, baginda berkenan melawat ke Pameran Teknologi Pertanian, Pavilion Negeri Sembilan, Laman Perikanan dan Laman Florikultur. Baginda begitu teruja melihat suasana di MAHA meluangkan masa hampir 4 jam di sana.
Turut mengiringi keberangkatan baginda ke MAHA ini adalah Yang Amat Berhormat Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, YB Dato' Zafir Bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan N. Sembilan, Datuk Seri Hj Jalaluddin bin Hj Alias, Exco Kanan Kerajaan N. Sembilan, selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan, Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan(KPKM) bersama lain lain Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, Ketua Jabatan dan wakil jabatan / agensi.