Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur terdiri daripada tiga (3) Seksyen iaitu :
i. Seksyen Padi;
ii. Seksyen Tanaman Industri dan Komoditi Berpotensi; dan
iii. Seksyen Florikultur.
Antara fungsi-fungsi utama Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur adalah seperti berikut :
i. Menggalakkan pembangunan tanaman padi, tanaman industri dan komoditi berpotensi serta florikultur bagi memenuhi matlamat Dasar Pertanian Negara;
ii. Membangunkan pakej teknologi dan sistem pengurusan ladang bagi tanaman padi, tanaman industri dan komoditi berpontesi serta florikultur;
iii. Meningkatkan kemahiran agen pengembangan dalam aspek tanaman padi, tanaman industri dan komoditi berpontesi serta florikultur melalui latihan teknikal;
iv. Memberi perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan khidmat nasihat kepada golongan sasar dalam teknologi pengeluaran tanaman dan pengurusan ladang;
v. Mengeluar dan membekalkan benih berkualiti dari varieti unggul (superior) bagi tujuan penanaman; dan
vi. Menyediakan perkhidmatan skim pengesahan benih padi dalam pengeluaran benih padi sah.