Sistem
pengairan yang sesuai digunakan untuk tanaman sayur-sayuran bergantung
kepada jenis sayuran yang ditanam. Bagi sayuran berdaun, sistem
pengairan yang sesuai digunakan adalah sistem pengairan jenis makro (sprinkler),
di mana air diberikan secara renjis ke kawasan tanaman. Komponennya
terdiri daripada 1 unit pam air, sistem perpaipan dan alat perenjis (sprinkler head).
Manakala bagi sayuran berbuah, sistem pengairan yang sesuai digunakan
ialah jenis sistem titis, di mana air disalurkan terus ke akar pokok.
Komponennya terdiri daripada 1 unit pam air, sistem paip dan alat
penitis (emitter / dripper).
Anggaran kos bagi pemasangan sistem pengairan renjis
beserta dengan upah pekerja bergantung kepada lokasi pemasangan ini
dilakukan. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari Bahagian Kejuruteraan
Pertanian (BKP), Jabatan Pertanian secara terus atau menghubungi kami di
talian seperti berikut:
**PKP = Pusat Kejuruteraan Pertanian
Terdapat dua (2) insentif utama yang ditawarkan di bawah program ini iaitu Geran Agropreneur Muda (GAM) yang memberikan bantuan dalam bentuk barangan (in kind contribution (IKC)) mengikut skop bidang yang ditetapkan dan kemudahan pembiayaan di bawah Agrobank dan TEKUN dengan kadar faedah 2%. Selain daripada itu, khidmat nasihat teknikal dan latihan pertanian jangka pendek merupakan antara insentif yang ditawarkan di bawah program ini yang dilaksanakan oleh Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan (KPKM).
| Syarat-syarat bagi melayakkan pemohon menyertai Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut : | |
| i) | Warganegara Malaysia; |
| ii) | Golongan belia berumur di antara 18 hingga 40 tahun; |
| iii) | Boleh membaca, mengira dan menulis; |
| iv) | Individu yang baru memulakan projek, WAJIB mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan atau diiktiraf oleh Jabatan/Agensi di bawah KPKM atau yang diiktiraf oleh KPKM; |
| v) | Individu yang memiliki Sijil/Diploma/Ijazah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau institut latihan di bawah KPKM berkaitan projek pertanian yang dicadangkan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada menyertai program latihan teknikal; dan |
| vi) | Keutamaan kepada individu yang mempunyai kemudahan tanah atau premis sedia ada. |
| Individu yang layak perlu membuat permohonan di Pejabat Jabatan/Agensi Daerah di bawah KPKM atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), MAFFI (Negeri Sabah) atau M-FICORD (Negeri Sarawak) yang terdekat dengan melengkapkan dokumen-dokumen berikut : | |
| i) | Borang UAM 01/14 (Pin.02/18) berserta salinan kad pengenalan yang disahkan pegawai Jabatan / Agensi dan gambar berukuran passport; |
| ii) | Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap; |
| iii) | Senarai cadangan barangan yang dinyatakan pada Borang UAM 01/14 (Pin.02/18) perlu disertakan anggaran Sebut Harga; |
| iv) | Menyertakan salinan Sijil/Diploma/Ijazah yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan dibawah KPKM; atau |
| v) | Borang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN Nasional (bagi permohonan kategori Pembiayaan). |