PERUNDINGAN DAN PELABURAN TANAMAN
Memulakan Perniagaan Pertanian
|
Memiliki perniagaan sendiri sering
menjadi idaman kebanyakan orang. Dengan menggunakan perniagaan sendiri,
mereka dapat menggunakan kemahiran dan keupayaaan untuk memperoleh
pendapatan sama ada untuk diri sendiri atau keluarga, di samping
mengharap agar perniagaan tersebut terus berkembang dan maju.
|
Sebelum memulakan sesebuah
perniagaan, adalah penting bagi seseorang usahawan memilih jenis
perniagaan yang sesuai dan mampu memberikan pulangan. Ramai usahawan
menceburi bidang pertanian tanpa mengkaji dan menilai terlebih dahulu
sama ada perniagaan tersebut sesuai dijalankan. Ini menyebabkan ramai
yang menghadapi pelbagai masalah dalam pengurusan perniagaan.
|
Memulakan perniagaan tanaman
perladangan tidak semudah yang disangka. Bagaimanapun, kegigihan,
kecekalan dan komitmen usahawan dapat memastikan kelangsungan
perniagaannya walaupun memperoleh pendapatan yang tidak seberapa pada
peringkat awal perniagaan.
|
| Pertanian adalah Perniagaan
merupakan satu usaha Jabatan Pertanian untuk menarik minat pelanggan
bergiat di dalam bidang pertanian secara berskala kecil mahupun berskala
besar. Pelanggan yang berminat dan ingin menceburi bidang perniagaan
ini terdapat beberapa langkah yang perlu diambil bagi membantu untuk
melaksanakan bidang pertanian dengan lebih teratur adalah seperti
berikut : |
LANGKAH PERTAMA : TANAH
Tanah adalah salah satu faktor asas terpenting. Cara pemilikan tanah boleh didapati seperti : |
- Tanah milikan sendiri;
- Sewa;
- Pajakan;
- Status tanah yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa berkaitan seperti TOL.
|
LANGKAH KEDUA : MODAL Modal adalah merupakan asas yang kedua terpenting bagi menjalankan pertanian ini. Modal juga boleh didapati melalui : |
- Simpanan sendiri;
- Pinjaman keluarga;
- Pinjaman bank tempatan seperti AgroBank.
LANGKAH KETIGA : TEKNOLOGI Teknologi yang terkini dan boleh
digunapakai dengan mengikut sesuaian tempat, modal yang mencukupi dan
pengurusan pengendalian lepas tuai yang betul. | Teknologi Tanaman boleh diikuti mengikut Kalendar Tanaman bagi setiap komoditi. Pemilihan tanaman juga, perlu mengikut kesesuaian tanah di sesuatu kawasan yang hendak dijalankan.
|
Teknologi Benih yang
berkualiti juga memainkan peranan yang penting. Buat masa ini benih
tanaman tidak lagi dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian, ia boleh didapati
di MARDI.
|
| Teknolgi Kejenteraan Pertanian boleh dilihat seperti berikut : |
- Teknologi dan Inovasi terkini di dalam bidang pertanian.
LANGKAH KEEMPAT : ALIRAN UNTUNG RUGI TANAMAN Secara logiknya, kesemua perniagaan
mengutamakan keuntungan. Walau bagaimanapun, keuntungan perniagaan
tanaman perladangan yang tercatat di atas kertas tidak semestinya sama
dengan baki wang tunai yang dibelanjakan. Perbelanjaan sebenar yang
dibuat bukan daripada keuntungan tetapi lebihan wang tunai. Justeru itu,
aliran keluar dan masuk adalah lebih penting berbanding keuntungan
kerana keuntungan sebenar daripada jualan kredit masih belum diperolehi.
LANGKAH KELIMA : PERSIJILAN myGAP DAN myOrganic Persijilan myGAP dan myOrganic
LANGKAH KEENAM : PASARAN Langkah penting dalam merancang
strategi pemasaran ialah mengetahui dan memahami keperluan dan kehendak
pelanggan. Faktor tersebut usahawan akan berupaya merangka rancangan
pemasaran yang berkesan dan mampu merangsang dan memenuhi keperluan dan
kehendak pelanggan. Rancangan pemasaran yang baik mengandungi penjelasan
mengenai pasaran sasaran, saiz pasaran, persaingan, syer pasaran,
ramalan jualan, strategi pemasaran dan belanjawan pemasaran. Agensi yang
boleh menbantu di dalam pemasaran pertanian berskala kecil dan besar
adalah Lembaga Pemasaran Persekutuan Malaysia (FAMA). | LANGKAH KETUJUH : INSENTIF |
Terdapat satu (1) garis panduan bagi insentif yang dilaksakanakan oleh Jabatan Pertanian iaitu :
|
| 1. |
Garis Panduan Permohonan Insentif / Galakan di bawah Seksyen 127, Akta Cukai Pendapatan 1967.
| Format Plan Perancangan Perniagaan
|
| 1. |
Muka Depan |
| 2. |
Isi Kandungan |
| 3. |
Ringkasan Eksekutif |
| |
a. |
Nama syarikat penggerak utama & cadangan projek |
| |
b. |
Pengurusan projek |
| |
c. |
Kewangan projek |
| |
d. |
Pasaran dan ekonomi |
| |
e. |
Kos projek / daya maju |
| |
f. |
Ekuiti dan keperluan pinjaman |
| |
g. |
Cagaran |
| |
h. |
Sokongan MOA.Inc
|
| 4. |
Pengenalan |
| |
a. |
Tujuan plan bisnes projek |
| |
b. |
Tujuan projek
|
| 5. |
Latar Belakang Projek |
| |
5.1 |
Syarikat |
| |
a. |
Nama dan nombor |
| |
b. |
Alamat |
| |
c. |
No. telefon dan no. faks |
| |
d. |
Bank syarikat |
| |
e. |
Setiausaha syarikat |
| |
f. |
Juruaudit syarikat |
| |
g. |
Modal diberikan dan modal dibayar syarikat |
| |
h. |
Ahli Lembaga Pengarah Syarikat (Profil)
|
| |
5.2 |
Projek |
| |
a. |
Lokasi dan status semasa |
| |
b. |
Teknikal dan teknologi |
| |
- Kesesuaian tanah
- Agroiklim
- Sumber dan kualiti air
|
| 6. |
Pasaran dan Ekonomi |
| |
a. |
Analisa pasaran dan plan pemasaran |
| |
b. |
Harga produk di pasaran
|
| 7. |
Kewangan |
| |
a. |
Penyata kewangan dan penyata untung rugi |
| |
b. |
Aliran kewangan, sumber kewangan ekuiti syarikat dan IRR, B/C Ratio dll. |
| |
c. |
Titik pulangan modal, tempoh penangguhan |
| |
d. |
Jadual bayaran balik pinjaman
|
| 8. |
Organisasi dan Pengurusan |
| |
a. |
Struktur / carta organisasi |
| |
b. |
Sumber manusia dan keperluan buruh |
| |
c. |
Strategi pengurusan sumber manusia sekarang dan di masa hadapan
|
| 9. |
Penilaian / Pemantauan Yang Disyorkan |
| 10. |
Justifikasi |
|
|