SEREMBAN, 30 Januari 2024 - Seminar Pemerkasaan Kebuniti Madani telah diadakan pada 30 hingga 31 Januari 2024 bertempat Klana Resort Seremban. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Mohd Asna bin Amin. Seminar ini telah dihadiri seramai 130 orang peserta dari seluruh Negeri Sembilan.
KEBUNITI MADANI merupakan salah satu Inisiatif kerajaan dalam usaha mengurangkan kos sara hidup serta memberi pendedahan kepada rakyat untuk menikmati hasil tanaman yang selamat dan segar serta menyokong kepada kelestarian alam & seterusnya meningkatkan interaksi sosial di kalangan masyarakat setempat.
Program ini berlandaskan objektifnya iaitu: 1) Meningkatkan aktiviti pertanian komoditi sebagai gerakkan negara (nation move) ke arah sekuriti makanan negara 2) Meningkatkan pengeluaran kebun komuniti (tanaman, akuakultur dan ternakan) untuk kegunaan sendiri komuniti 3) Mengukuhkan rantaian pengeluaran hasil pertanian komuniti. Kebuniti Madani ini melibatkan 3 sektor utama iaitu Sektor Tanaman, Sektor Ternakan dan Sektor Perikanan.
Semoga dengan adanya program seperti ini akan dapat menarik lebih ramai peserta dalam bidang pertanian seterusnya berupaya menghasilkan makanan sendiri. Kami, Jabatan Pertanian sentiasa terbuka untuk berkongsi dan memberi panduan kepada yang berminat.