KUALA PILAH, 5 FEBRUARI 2024 - Sesi libat urus antara Syarikat Pengilang Padi bersama usahawan PADI telah diadakan bertempat di PPN Bahagaian Jentera,Pusat Mekanisasi Peladang, Melang.
Di dalam sesi ini, ucaptama telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Haji Jalaluddin Alias Bin Haji Alias serta sesi berdialog bersama pesawah,Jabatan/Agensi telah berlaku dan seterusnya dapat merungkai beberapa isu yang berkaitan untuk keharmonian bersama.
Sesi libat urus ini,merupakan salah satu langkah dalam usaha mempunyai satu pusat pemprosesan padi berskala kecil bagi pengeluaran beras di Negeri Sembilan.Dengan adanya peningkatan pengeluaran beras yang kian positif pusat pengumpulan ini adalah relevan dan penting dalam memastikan keperluan beras di negeri ini mencukupi bagi keperluan rakyat.
Semoga usaha ini dapat menyokong agenda sekuriti makanan dalam menjamin dan meningkatkan bekalan makanan Negeri Sembilan secara khususnya.