SEREMBAN - 3 JULAI 2024 : Ketua Pengarah Pertanian Dato' Nor Sam binti Alwi berkesempatan meluangkan masa turun ke projek diiringi oleh Encik Johari bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pengembangan) dan pengarah-pengarah bahagian ke Projek Kluster Durian Ulu Branang Seremban. Dengan luas hampir 50 ha ini ia melibatkan 60 orang peserta dan mempunyai pelbagai klon durian antaranya Durian Dato Nina, Kampung Premium, Durian Sultan, MDUR88, Raja Kunyit, Udang Merah dan Duri Hitam.
Turut mengetengahkan konsep Agropelancongan dan mempunyai pakej rumah inap dalam dusun yang menarik dan selesa di Dusun Nas. Terdapat satu keunikan sini yang mana mempunyai pokok Durian Sompo /Burung yang dipercayai berusia lebih 100 tahun yang masih produktif dan mampu menghasilkan buah antara 500 - 700 biji setahun.