SEREMBAN, 19 JULAI 2024 - Pra-Pelancaran Negeri Sembilan Festival (NS Fest 2024) telah diadakan di Majlis Bandaraya Seremban yang telah disempurnakan oleh Dato' Seri Utama Haji Aminudin bin Harun, Menteri Besar N.Sembilan.
Penganjuran NSFEST pada tahun ini akan menggabungkan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan (HPPN NS), Arena Usahawan serta Negeri Sembilan Food Festival yang bakal menggegarkan Dataran Nilai sepanjang 8 Hari, 10 pagi hingga 10 malam, bermula 27 Julai sehingga 3 Ogos 2024 ini.
Sebanyak 250 reruai yang akan turut serta memeriahkan lagi festival ini yang melibatkan penyertaan daripada usahawan yang terdiri daripada pelbagai industri dan Jabatan/ Agensi Negeri serta Persekutuan.