SERDANG, 12 SEPTEMBER 2024
: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum
Tuanku Munawir dan Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri
Sembilan Tuanku
Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud telah sudi mencemar
duli berangkat ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan
(MAHA) yang terbesar di Malaysia.Pada kali ini, baginda
berkenan melawat ke Pameran Teknologi Pertanian, Pavilion Negeri
Sembilan, Laman Perikanan dan Laman Florikultur.
Turut mengiringi
keberangkatan baginda ke MAHA ini adalah Yang Amat Berhormat Dato' Seri
Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, YB Dato'
Zafir Bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan N. Sembilan, Datuk Seri Hj
Jalaluddin bin Hj Alias, Exco Kanan Kerajaan N. Sembilan, selaku
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos
Sara Hidup Negeri Sembilan, Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua
Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan(KPKM) bersama
lain lain Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, Ketua Jabatan dan
wakil jabatan / agensi.