Laman Web Rasmi
Jabatan Pertanian
Negeri Sembilan Darul Khusus
Laman Web Rasmi
Jabatan Pertanian Negeri Sembilan
Darul Khusus

Lawatan ke kilang pembuatan baja kompos Black Soldier Fly (BSF)

current-image
JPNS
JPNS
JPNS
TAMPIN - Lawatan Timbalan Pengarah bersama Pegawai Pertanian Tampin, Ketua Sekyen Metodologi Pengembangan dan Alumni Pesara Jabatan Pertanian N. Sembilan ke kilang pembuatan baja kompos Black Soldier Fly (BSF) secara terkawal dari hampas soya yang dapat dihasilkan dalam tempoh 21 hari. Baja BSF syarikat ini sedang dalam peringkat permerhatian oleh Unit Pengurusan Tanah N. Sembilan bagi tanaman durian di daerah Seremban. Menurut kajian ia kaya dengan nutrien seperti nitrogen, fosforus, potasium, enzim dan mikrob yang penting dalam membantu meningkatkan pertumbuhan dan hasil tanaman dengan baik.
 
Selain itu juga, larva BSF yang berprotein tinggi boleh juga dijadikan makanan tambahan kepada ternakan seperti ayam, itik dan ikan. Maka, penggunaan BSF merupakan antara kaedah dalam menguraikan sisa makanan secara semulajadi dengan cepat dan mampan dengan kos yang rendah. Namun, BSF ini ancaman bagi projek kelulut yang mana ia akan "berperang" dengan kelulut dan mampu memusnahkan koloni.
Jabatan sentiasa berusaha mendapatkan teknologi dengan kos yang optimum dlm penghasilan produk pertanian yang berkualiti di negeri ini.

MYHRMIS MOBILE
PUBLICATION
ELECTRONIC ARCHIVE
ePunch Card
ONLINE PROCUREMENT ANNOUNCEMENT
language
carian terperinci
Bilangan Hakmilik Strata Mengikut Negeri