Laman Web Rasmi
Jabatan Pertanian
Negeri Sembilan Darul Khusus
Laman Web Rasmi
Jabatan Pertanian Negeri Sembilan
Darul Khusus

Majlis Penyerahan Inisiatif Belanjawan

current-image
JPNS
JPNS
JPNS

SEREMBAN, 30 NOVEMBER 2023 - Majlis Penyerahan Inisiatif Belanjawan Di Bawah Program Bidang Tumpuan 1 Jaminan Bekalan Makanan Kerajaan Negeri Tahun 2023 telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan bertempat di D'Tempat Country Club, Sendayan.

Merujuk pembentangan bajet 2023 di bawah Bidang Tumpuan 1, iaitu Jaminan Bekalan Makanan, kerajaan negeri telah memperkenalkan 8 inisiatif iaitu 2 adalah inisiatif sedia ada dan 6 inisiatif baharu yang diwujudkan bagi membantu menangani dan meningkatkan keupayaan jaminan bekalan makanan di Negeri Sembilan.

Bagi memastikan kecukupan bekalan produk di sektor pertanian secara konsisten untuk pasaran di dalam negeri, Kerajaan Negeri melalui agensi Jabatan Pertanian dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar menyediakan insentif bagi membantu petani, penternak dan pengusaha industri asas tani.

Seramai 46 orang penerima insentif diraikan di dalam majlis ini sebagai penghargaan kepada usaha mereka. Tahniah diucapkan kepada semua penerima insentif pada hari ini. Semoga dengan insentif yang disalurkan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengusaha pengeluaran sektor pertanian negeri.

MYHRMIS MOBILE
PUBLICATION
ELECTRONIC ARCHIVE
ePunch Card
ONLINE PROCUREMENT ANNOUNCEMENT
language
carian terperinci
Bilangan Hakmilik Strata Mengikut Negeri