SERDANG, 12 SEPTEMBER 2024 : Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud telah sudi mencemar duli berangkat ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (MAHA) yang terbesar di Malaysia.
Pada kali ini, baginda berkenan melawat ke Pameran Teknologi Pertanian, Pavilion Negeri Sembilan, Laman Perikanan dan Laman Florikultur. Baginda begitu teruja melihat suasana di MAHA meluangkan masa hampir 4 jam di sana.
Turut mengiringi keberangkatan baginda ke MAHA ini adalah Yang Amat Berhormat Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, YB Dato' Zafir Bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan N. Sembilan, Datuk Seri Hj Jalaluddin bin Hj Alias, Exco Kanan Kerajaan N. Sembilan, selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan, Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan(KPKM) bersama lain lain Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, Ketua Jabatan dan wakil jabatan / agensi.