BAHAGIAN KEJURUTERAAN PERTANIAN |
||
Bahagian Kejuruteraan Pertanian (BKP) bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan teknikal dalam bidang kejuruteraan pertanian bagi mempercepatkan transformasi sektor pertanian dalam bidang mekanisasi dan automasi ladang. Pejabat BKP terletak di Kompleks Pertanian Serdang, Selangor dan mempunyai tiga (3) seksyen utama iaitu Seksyen Kejuruteraan Projek (SKP) yang memberikan khidmat sokongan teknikal kejuruteraan pertanian dalam bentuk perundingan dan nasihat dan khidmat pemantauan projek pertanian kepada Jabatan, Agensi Pertanian, Usahawan dan Petani. Seksyen Pengurusan Logistik (SPL) menyediakan khidmat sokongan logistik dan Seksyen Pembangunan Teknologi Pertanian (SPTKP) pula membangunkan serta menyesuaikan teknologi kejuruteraan pertanian untuk meningkatkan produktiviti ladang dan daya saing sektor pertanian negara. Semua khidmat dapat disampaikan kepada golongan sasar melalui PKP Pedas di Negeri Sembilan. Objektif Memajukan mekanisasi pertanian ke arah pembangunan pertanian lestari dan komersial untuk pembangunan ekonomi negara. Fungsi
|
||