PROGRAM PEMBANGUNAN INDUSTRI ASAS TANI
 

 

Perlaksanaan Program Pembangunan Industri Asas Tani adalah merupakan salah satu program yang penting bagi memastikan sumber bahan mentah di peringkat ladang diberi nilai tambah agar dapat menjana pendapatan usahawan di luar bandar. Program ini memberi peluang kepada usahawan-usahawan yang cenderung untuk menjalankan aktiviti pemprosesan. Pengeluaran ladang dapat diberi nilai tambah di mana semua aspek pengeluaran dapat menjana pendapatan. Peluang ini diberi kepada mereka yang berminat dan menjadikan peluang ini sebagai sumber pendapatan utama. Program ini juga sebagai salah satu langkah untuk menangani masalah lambakan hasil pertanian.

Objektif projek ini adalah :
i. Membangunkan enterprise dan usahawan industri asas tani bagi menjana pendapatan bersih RM 5,000.00 sebulan menerusi pembangunan industri hiliran berasaskan pertanian serta melalui aktiviti nilai tambah hasil tanaman.
ii. Meningkatkan bilangan usahawan industri asas tani dalam mengamalkan Amalan Pengilangan Yang Baik (Good Manufacturing Practices – GMP / Good Hygine Practise – GHP) melalui penempatan mereka di pusat – pusat pemprosesan Industri Hiliran yang Komersial. Penekanan turut diberi kepada produk bagi memperolehi pensijilan MeSTI dan HALAL JAKIM.
iii. Mempergiatkan pembangunan industri hiliran berasaskan pertanian melalui bimbingan, kursus dampingan bersama usahawan yang berjaya dan menerusi latihan– latihan di pusat bimbingan pemprosesan dan tinjauan teknologi dalam bidang yang diceburi.
iii. Mewujudkan dan memantapkan usahawan yang telah dibangunkan disamping meningkatkan bilangan usahawan pemprosesan makanan yang mengamalkan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP).
iv Menggalakkan pengeluaran produk yang berkualiti bagi memenuhi keperluan tempatan dan eksport.

 

mygov2
suk2
doa2
jpa2
moa2