Penanaman Tumbuhan Penarik Pemangsa
Penyerahan Insentif Pertanian Bandar
Penanaman Tumbuhan Penarik Pemangsa
- Created: Monday, 01 February 2021 14:57
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA PILAH , 21 JANUARI 2021 - Pejabat Pertanian Kuala Pilah telah menjalankan aktiviti penananam tumbuhan penarik pemangsa kepada serangga perosak tanaman padi. Sebanyak 2000 anak pokok ros jepun dan 200 anak pokok tunera di tanam di sawah Kampung Budaya, Terachi.
Penanaman pokok-pokok bunga ini berfungsi menarik serangga pemangsa yang dapat mengawal serangga perosak tanaman padi. Matlamatnya adalah untuk memperbaiki sistem botanikal di sawah padi bagi meningkatkan rintangan ekologikal dan mengurangkan penggunaan racun perosak.
Selain daripada sebagai salah satu kaedah kawalan secara biologi, kaedah ini turut dapat mengindahkan landskap di keliling kawasan sawah padi.
Penyerahan Insentif Pertanian Bandar
- Created: Monday, 21 December 2020 16:35
![]() |
![]() |
![]() |
REMBAU, 15 Disember 2020 - Majlis Penyerahan Insentif Teknologi Pertanian Bandar PENJANA Negeri Sembilan Peringkat Daerah Rembau
Penyerahan Insentif Teknologi Pertanian Bandar PENJANA Daerah Rembau telah dilaksanakan pada 15 Disember 2020 di Pusat Pertanian Kendong. YB Tuan Haji Bakri bin Sawir, Pengerusi JK Bertindak Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan telah menyampaikan penyerahan kepada penerima individu dan komuniti serta diiringi oleh Encik Hisyam bin Yacob, Pengarah Pertanian Negeri Sembilan dan Encik Noorul Amein bin Tarmizi, Pegawai Pertanian Daerah Rembau.
Majlis Penyerahan Insentif Teknologi Pertanian Bandar ini telah dilaksanakan disemua daerah di Negeri Sembilan bermula dengan Daerah Jempol dan Kula Pilah pada ( Disember, Daerah Port Dickson dan Seremban pada 10 Disember, Daerah Jelebu pada 11 Disember dan Daerah Tampin pada 15 Disember.
Semoga pemberian insentif ini dapat membantu mengurangkan perbelanjaan isi dapur dan menjana ekonomi isi rumah serta dapat menaikkan semangat melaksanakan aktiviti riadah tani kepada penerima-penerima tersebut.