SEREMBAN, 16 OKTOBER 2024 : Telah berlangsung Majlis Perasmian Program Olek Melewar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Raja Melewar Seremban yang melibatkan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan serta lain-lain agensi KPKM Inc N. Sembilan, Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Penjara, MAQIS, Perpustakaan Negara dan pelajar sekolah.
Program Olek Melewar 2024 kali ni membawakan tema "Pertanian dan Keterjaminan Makanan" cukup meriah dengan pengisian program melibatkan pelajar sekolah, siswa IPGM Kampus Raja Melewar serta kolaborasi dengan pihak swasta bagi memberi pendedahan tentang teknologi pertanian, robotik serta pertandingan antara sekolah sekolah.
Program yang berlangsung selama 2 hari ini amat bermanfaat kepada masyarakat untuk lebih dekat dengan bidang pertanian dan memupuk minat kepada anak bangsa untuk tanam apa yg dimakan dan makan apa yg ditanam yg semestinya selamat dan berkhasiat untuk dimakan serta mengutamakan hasil buah dan sayur tempatan berbanding produk luar. Semoga kolaborasi sektor pertanian dengan sektor pendidikan negeri ini dapat diperkasakan sebagai pemangkin kemenjadian minda pelajar kelas satu yang sihat dalam menyuburkan budaya baik bagi pembentukan masyakarat cemerlang pada masa akan datang.