hl3 hl1 hl4

 

 

REMBAU, 7 April 2018 - Program Kesejahteraan Rakyat Desa Rimbunan Kaseh Sempena Hari Ladang Peringkat Daerah Rembau telah diadakan di Desa Rimbunan Kaseh, Kg. Seberang Batu Hampar, Negeri sembilan dan disempurnakan perasmiannya oleh YB. Hj. Zaifulbahri Bin Idris, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Chembong

Antara program yang dijalankan adalah Kursus Agronomi Tanaman Limau Kasturi & Kursus Porak E secara Corporate Social Responsibility (CSR) yang mendedahkan kepada peserta mengenai teori dan amali tanaman limau kasturi yang boleh dikomersialkan.

Peserta terdiri daripada kalangan kakitangan Pejabat Pertanian Daerah Rembau & Para Peserta Desa Rimbunan Kaseh, Rembau bersama -sama pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Rembau. Terima kasih kepada semua peserta & para tetamu kerana sudi menghadiri Program Hari Ladang Peringkat Daerah Rembau.

mygov2
suk2
doa2
jpa2
moa2