Rembau, 23 April - Majlis Perasmian My Kampung My Future (MKMF) yang diadakan di Dataran Kundur, Kampung Kundur Hulu, Rembau Negeri Sembilan telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Turur hadir pada Majlis Perasmian ini adalah YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato' Dr. Hj. Awaludin bin Said, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan, YBhg Dato' Seri Hj Mat Ali bin Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Tuan Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Hj Hasim bin Rusdi, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan , YB Dato' Zaifulbahri bin Idris, Exco Kerajaan Negeri Sembilan, YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail Hj. Bakar, Ketua Setiausaha , Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Ybhg. Tan Sri Professor Dr. Mohd Amin Jalaludin, Naib Cansellor Universiti Malaya, Yang Berusaha Tuan Haji Zubir Jamal, Pengerusi JKKK Kampung Kundur Hulu, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan dan Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan.