PORT DICKSON, 11 OKTOBER 2022 - Seminar Pemantapan Usahawan Industri Makanan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan Tahun 2022 telah diadakan pada 11 dan 12 Oktober 2022 bertempat D'Wharf Hotel & Serviced Residence . Seminar ini telah di rasmikan oleh Y.B Dato' Ir. Hj.Bakri bin Sawir , Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan. Seramai 35 orang usahawan telah menyertai seminar ini.
Seminar ini merupakan salah satu usaha kerajaan melalui Jabatan Pertanian Negeri Sembilan bagi memperkukuhkan kualiti dan nilai tambah produk agro makanan yang dihasilkan oleh usahawan dan merupakan salah satu platform penyampaian ilmu melibatkan bidang keusahawan, pembiayaan dan penggunaan teknologi.
Antara Perkongsian Program ialah Pembiayaan Produk Agrobank,Program Pembangunan Usahawan,Perkongsian Pengalaman Usahawan,Trade Mark dan Penjenamaan Produk, Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri, Caruman Bersama Mobile Team serta Label dan Pembungkusan.