l3 l12 l9

 

 

SEREMBAN , 7 JAN 2022 - Yang Berhormat Dato’ Ir Haji Bakri Bin Sawir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan telah meluangkan masa melaksanakan walkabout ke Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin di Centerpoint Seremban. YB Dato' turut diiringi YBhg Dato' Muhamad Nahar bin Mohd Sidek, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (Pembangunan); Encik Hisyam bin Yacob, Pengarah Pertanian Negeri Sembilan serta Ketua-ketua Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri dan MAFI Negeri Sembilan.

Program kali ini menghimpunkan 40 lot gerai jualan yang menjual hasil ladang tanaman, ternakan, perikanan dan produk hiliran industri makanan. Pada masa sama,turut dilaksanakan penyerahan Bantuan Nismilan Prihatin kepada penerima dikalangan petani/penternak/nelayan/usahawan yang terjejas akibat banjir yang melanda negara baru-baru ini.

mygov2
suk2
doa2
jpa2
moa2