Kerajaan Malaysia menyedari kepentingan PVP untuk pembangunan negara. Malaysia, yang merupakan ahli Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan menandatangani Perjanjian TRIPS, di bawah Perkara 27.3 (b) menyatakan bahawa negara anggota hendaklah mengadakan peruntukan bagi perlindungan varieti tumbuhan melalui paten atau sistem sui generis yang berkesan atau oleh mana-mana kombinasi peraturan tersebut. Oleh itu, Malaysia mampu memenuhi obligasinya bagi Perkara 27.3 (b) bagi Perjanjian TRIPS dengan pengenalan undang-undang PVP ini.
Dengan undang-undang PVP, penanam berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk mempunyai akses kepada varieti baru dan lebih baik untuk penanaman secara komersial. Penanam bunga iklim sederhana di Malaysia, sebagai contoh, menghadapi masalah untuk mendapatkan varieti baru dari Belanda dan negara-negara lain. Hak kepada bahan tumbuhan yang dituai merumitkan lagi isu ini. Matlamat Akta ini adalah untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan hak pembiak varieti baru tumbuhan, dan pengiktirafan serta perlindungan ke atas sumbangan yang dibuat oleh petani, masyarakat tempatan dan pribumi terhadap pewujudan varieti baru tumbuhan; untuk menggalakkan pelaburan dan pembangunan dalam pembiakbakaan varieti baru tumbuhan dalam sektor awam dan swasta; dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan.
- Seterusnya
- Seterusnya >>