SEREMBAN , 28 JULAI 2024 - Perasmian Negeri Sembilan Festival (NS Fest 2024) telah diadakan di Dataran Nilai yang telah disempurnakan oleh Dato' Seri Utama Haji Aminudin bin Harun, Menteri Besar N.Sembilan.
Penganjuran NSFEST pada tahun ini akan menggabungkan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan (HPPN NS), Arena Usahawan serta Negeri Sembilan Food Festival yang bakal menggegarkan Dataran Nilai sepanjang 8 Hari, 10 pagi hingga 10 malam, bermula 27 Julai
sehingga 3 Ogos 2024 ini.