SEREMBAN , 01 OGOS 2024 - Telah sempurna Pelancaran Beras Negeri Sembilan oleh Datuk Seri Hj Jalaluddin bin Hj Alias ; Exco Kanan Kerajaan N. Sembilan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan pada petang tadi.
Nama "Perpatih" telah dipilih bagi jenama beras Negeri Sembilan ini yang mana ia menjadi satu lagi titik sejarah baharu di NS Fest 2024 untuk Negeri Sembilan ini menghasilkan beras tempatan sendiri.
Semua padi ini telah dihantar oleh pesawah ke Pusat Pengumpulan Padi Negeri Sembilan bertempat di Melang, Kuala Pilah pada awal Februari lalu untuk diproses menjadi beras dengan kerjasama syarikat swasta di Selangor. Untuk tuaian pertama bagi Beras Perpatih ini, sebanyak 387 metrik tan telah diproses dan dibungkus dengan saiz 5kg setiap satu.
Sempena Majlis pelancaran beras Negeri Sembilan ini,telah diadakan penyampaian pemenang pertandingan penjenamaan beras Negeri Sembilan dan penerima insentif pengeluaran hasil padi telah disampaikan oleh Datuk Seri Hj Jalaluddin bin Hj Alias ; Exco Kanan Kerajaan N. Sembilan