JELEBU, 11 MAC 2018 - Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Shabery bin Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah melancarkan Projek Pembangunan Model Tanaman Nanas Tanah Tinggi Jelebu di Jelebu, Negeri Sembilan yang dianjurkan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Yang Berhormat Menteri telah melakukan lawatan Tapak Projek Kelapa dan Nanas di Kg Kongkoi, Projek CCRC Jelebu dan Bengkel Pemprosesan Produk Titi Gold serta menanam pokok nanas dan Kelapa Matag sebagai simbolik pelancaran.
Program pelancaran ini turut disertai oleh Y.B. Dato' Haji Jalaluddin Bin Haji Alias (Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan merangkap Adun Pertang), YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail Hj. Bakar (Ketua Setiausaha MOA), YBhg. Dato' Jamal Harizan bin Yang Razali (Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia), YBhg. Dato' Hj Mohd Anim Hosnan (Ketua Pengarah LPNM), En Mat Iesak bin Ngathinee (Pengarah Pertanian Negeri Sembilan) bersama ketua-ketua pengarah dan jabatan atau wakilnya dibawah MOA serta pemimpin-pemimpin tempatan.