REMBAU, 20 FEBRUARI - Kursus Tanaman Durian telah diadakan di Kompleks Teknologi Pertanian Ulu Sepri , Rembau, Negeri Sembilan. Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 59 orang terdiri daripada petani. Kursus diadakan secara teori dan secara hands on pada sebelah petang bertempat di Ladang Hj. Kamaruzaman bin Haji Budin di Pedas Rembau.
Terima kasih kepada kepada Pejabat Pertanian Daerah Jelebu dan Pejabat Pertanian Daerah Rembau yang menyediakan tenaga pengajar dan lokasi ladang demonstrasi kursus.