ikrar ikrar6 ikrar5

 

 

PORT DICKSON, 5 OKT -  Seminar Integriti dan Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) telah diadakan untuk warga Jabatan Pertanian Negeri Sembilan bertempat di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson.

Ikrar tersebut merupakan salah satu daripada inisiatif Jabatan Pertanian untuk memastikan kakitangan jabatan melaksanakan tugas dengan penuh integriti dan tidak melakukan amalan rasuah dalam tugas yang dijalankan.

Ikrar tersebut telah diketuai oleh En Hisham bin Yacob dan dibaca bersama kakitangan jabatan. Majlis tersebut telah disaksikan oleh Timbalan Pengarah SPRM Negeri Sembilan dan Pengarah Pertanian Negeri

Selepas daripada bacaan ikrar tersebut majlis menandatangani akaun sumpah dijalankan oleh semua pegawai dan kakitangan jabatan.

Diharapkan dengan ikrar dan akuan janji ini sedikit sebanyak dapat menapis tanggapan terhadap penjawat awam khususnya dari Jabatan Pertanian dari persepsi buruk.

mygov2
suk2
doa2
jpa2
moa2