SERDANG, 6 OGOS 2022 - Yang Berhormat Dato' Ir. Haji Bakri bin Sawir, Pengerusi Bertindak Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan telah meluangkan masa beliau melawat ke Pavilion Negeri Sembilan sempena berlangsungnya perasmian MAHA.
Yang Berhormat Dato' telah meluangkan masa dengan beramah mesra dan turut memberi kata-kata semangat kepada para pempamer dan usahawan yang terdapat di dalam Pavilion Negeri Sembilan. Yang Berhormat Dato' turut hadir bersama isteri,Datin Nor Azilina binti Abd Aziz dan diiringi ketua-ketua jabatan di bawah MAFI Inc Negeri Sembilan.
Usai lawatan di Pavilion Negeri Sembilan, YB Dato' turut melawati Laman Nanas, Laman Perikanan, Laman Mekanisasi dan Laman Agro-Food Florikultur - Miracle Garden