6 10 12

 

KUALA PILAH , 21 JANUARI 2021 -  Pejabat Pertanian Kuala Pilah telah menjalankan aktiviti penananam tumbuhan penarik pemangsa kepada serangga perosak tanaman padi. Sebanyak 2000 anak pokok ros jepun dan 200 anak pokok tunera di tanam di sawah Kampung Budaya, Terachi.
 
Penanaman pokok-pokok bunga ini berfungsi menarik serangga pemangsa yang dapat mengawal serangga perosak tanaman padi. Matlamatnya adalah untuk memperbaiki sistem botanikal di sawah padi bagi meningkatkan rintangan ekologikal dan mengurangkan penggunaan racun perosak.
 
Selain daripada sebagai salah satu kaedah kawalan secara biologi, kaedah ini turut dapat mengindahkan landskap di keliling kawasan sawah padi.
mygov2
suk2
doa2
jpa2
moa2