SEREMBAN, 6 OKTOBER 2020 - Kursus Asas Penanaman Cendawan Tiram Kelabu telah diadakan di Uwais Agrotech, Jalan Jelebu, Pantai Seremban. Seramai 32 orang peserta telah menyertai kursus ini.
Peserta di beri pendedahan mengenai cara-cara asas penanaman cendawan tiram kelabu, proses pengeraman, pengurusan pengeluaran, hasil tuai serta pengredan dan pembungkusan sebelum hasil tanaman di pasarkan.