PORT DICKSON, 17 OGOS 2019 - Program Hari Ladang Peringkat Daerah Port Dickson telah dirasmikan oleh YB Dato Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar N. Sembilan bertempat di Kg. Pachitan.
Turut hadir ke program tersebut adalah YB Tuan Haji Bakri bin Sawir, Exco Pertanian Dan Industri Asas Tani N. Sembilan, YB Micheal Yek Diew Ching ADUN Chuah, Tuan Masri bin Razali Tim. Setiausaha Kerajaan Negeri, En Hisyam bin Yacob, Pengarah Pertanian Negeri Dan pegawai pegawai dari Jabatan Dan Agensi.
Pada program yang sama juga telah diedarkan sebanyak 2,000 pokok Kelapa Pandan kepada 3 buah MPKK iaitu Kg Pachitan, Kg Sawah Dan Kg Chuah.