JEMPOL,12 JULAI 2019 - YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun telah melawat projek dusun durian En. Abd Hafizh bin Abd Malek di Kampung Baru, Ayer Hitam, Jempol. Antara klon yang terdapat di dusun seluas 0.8ha ini adalah klon D2 Dato Nina, D24, D99 Kop Kecil, D168 Hajjah Hasmah@IOI, D159 Monthong, D197 Musang King dan beberapa klon lagi. Dusun ini telah mendapat persijilan myGAP Jabatan Pertanian yang memperakukan projek tanaman ini mengamalkan amalan pertanian baik dan produknya selamat untuk dimakan.
Turut hadir sama dalam lawatan ini adalah para Exco Kerajaan Negeri Sembilan, YB SUK Negeri, Pengarah Pertanian Negeri Sembilan, Pegawai Daerah Jempol, Pengarah Jabatan/agensi, kakitangan jabatan, pelajar maahad tahfiz dan penduduk berhampiran.