PORT DICKSON, 21 APRIL 2019 - Program Hari bumi Dan Hari Ladang Pejabat Pertanian Port Dickson.Majlis ini dirasmikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Turut hadir bersama Exco Pertanian Negeri Sembilan,Dan juga Pengarah Pertanian Negeri Sembilan En.Hisyam Yacob.
Sebanyak 2019 pokok kelapa pandan diedarkan kepada 5 MPKK yang terlibat. Program ini bukan terhenti setakat ini sahaja,pihak jabatan akan sentiasa memantau perkembangan setiap MPKK agar benih yang diagihkan mengeluarkan hasil. Agen Pengembangan kawasan akan menjalankan aktiviti Pengembangan dikawasan yang terlibat.