SEREMBAN, 01 MAC 2019 - Lawatan Kerja YAB Menteri Besar ke Projek Tanaman Kelapa Pandan di Kg. Ribu, Rantau, Seremban seluas 3 hektar. Projek tersebut merupakan salah satu projek Pembangunan Tanah Terbiar bagi meningkatkan pengeluaran tanaman di Negeri Sembilan.
Dalam ucapan YAB Menteri Besar berharap industri kelapa ini dapat ditingkatkan dan berharap pihak Jabatan Pertanian dapat mengatur program untuk meningkatkan Industri Kelapa ini.
Menurut pengusaha tersebut iaitu En Suresh A/L Subramaniam kelapa pandan mempunyai harga yang tinggi kerana permintaan terhadap minuman segar ini mampu menjana pendapatannya. Oleh itu, beliau sanggup mengeluarkan perbelanjaan untuk pembersihan kawasan dan seterusnya telah memohon bantuan dari Jabatan Pertanian dari segi anak benih dan input pertanian.
Pada program yang sama ini,pihak Pejabat Pertanian Daerah Seremban juga turut mengaturkan kursus mengenai tanaman kelapa yang di sampaikan oleh Bahagian Pembangunan Industri Tanaman dan Bahagian Biosekuriti Tumbuhan kepada peserta yang berada di sekitar Seremban.