Program Gerak Kerja Pengindahan Kompleks Teknologi Pertanian Ulu Sepri (KTPUS) Rembau

g1  g3  g14 

 

REMBAU, 16 JANUARI 2019 - Kerajaan Negeri Sembilan telah mengiktiraf KTPUS sebagai bakal salah sebuah destinasi agropelancongan, dan seterusnya menyalurkan RM 1.35 juta daripada Belanjawan 2019 untuk beberapa Projek Pusat Agropelancongan. Rentetan daripada itu, pihak Jabatan dengan pantas telah melaksanakan gerak kerja pengindahan yang melibatkan beberapa kawasan di dalam KTPUS dengan melibatkan pelbagai lapisan kakitangan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan. Selain itu, program ini turut bertujuan bagi mengeratkan silaturrohim dan meningkatkan kemuafakatan di kalangan sesama kakitangan.

Kerja-kerja penambahbaikan akan terus dilaksanakan dengan melibatkan kerjasama bersama JKR, Sains dan agensi lain dalam memastikan hasrat kerajaan untuk mentransformasikan KTPUS sebagai pusat teknologi agropelancongan yang berjaya kelak.

malaysia
jata2
jabatan pertanian
jpa
mscmalaysia
 
moa3