1. Khidmat Nasihat Pertanian; 2. Latihan Pertanian; 3. Perundingan dan Pelaburan; 4. Pembangunan Industri Asas Tani 5. Pensijilan Kualiti 6. Penguatkuasa Akta-Akta Pertanian 7. Pengeluaran Lesen Eksport dan Permit 8. Khidmat Sokongan Teknikal |
|
Jabatan Pertanian telah menerbitkan Panduan Menanam pelbagai sayur-sayuran, ulam-ulaman, herba dan buah-buahan dalam bentuk risalah (Infotani). Oleh itu, risalah ini boleh didapati di Ibu Pejabat Jabatan Pertanian dan semua pejabat-pejabat Pertanian Negeri.
Sistem pengairan yang sesuai digunakan untuk tanaman sayur-sayuran ialah jenis sistem pengairan makro (sprinkler), di mana air diberikan secara percikan ke kawasan tanaman. Komponennya terdiri daripada unit pam air, sistem paip dan alat perenjis (sprinkler head). Anggaran kos bagi pemasangan sistem pengaiaran renjis beserta dengan upah pekerja ialah RM20,000/ha. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari Bahagian Kejuruteraan Pertanian (BKP), Jabatan Pertanian secara terus atau menghubungi kami di talian seperti berikut: |
|