kp8 kp1 kp2

 

KUALA PILAH , 06 JAN 2018 - Yang Berbahagia Datuk Seri Dr. Ismail bin Hj. Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA) telah melakukan Lawatan Kerja Ke Projek-projek Pertanian di Negeri Sembilan hari ini. Y.Bhg. Datuk Seri KSU turut diiringi oleh Y.Bhg. Datuk Borhan bin Dolah, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Y.Bhg. Dato' Jamal Harizan bin Yang Razali, Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Operasi), Encik Mat Iesak bin Ngathinee, Pengarah Pertanian Negeri Sembilan dan ahli lawatan di bawah portfolio MOA.

Y.Bhg. Datuk Seri KSU dibawa meninjau projek kultur tisu dan Perusahaan IAT Lemang Sushi Syarikat Awie Ent. di Pusat Pertanian Ampang Tinggi dan Perusahaan IAT kuih sepit Syarikat Cahaya Anis Ent. di Jempol. Antara lokasi projek lain yang turut dilawati adalah Projek Ternakan Boden Edu Farm, Premis FAMA PAKAR Paroi, Pertubuhan Peladang Kawasan Tanjung Ipoh, dan Ladang Nanas Seri Menanti.

malaysia
jata2
jabatan pertanian
jpa
mscmalaysia
 
moa3