SEREMBAN, 12 NOVEMBER - Hari Ladang dan Jom Bantu Rakyat peringkat Daerah Seremban telah diadakan bertempat di Kg Gebok Mantin Seremban.
Turut hadir pada program tersebut ialah YB Senator Datuk Chong Sin Woon dan YB Dato' Hj Abu Ubaidah bin Hj Reza.
Dalam ucapannya, beliau berharap industri pertanian dapat ditingkatkan kerana industri pertanian ini adalah amat penting supaya dapat mengurangkan import dan kebergantungan dari produk negara luar.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan antara kursus dan hands-on pemeliharaan kelulut, kaedah penyediaan bio nutrien, plant booster kepada peningkatan hasil tanaman , promosi buah-buahan (nangka dan belimbing) dan lain-lain lagi . Disamping itu juga terdapat pameran dari jabatan serta agensi dan jualan produk pertanian