kawi4 kawi25 kawi17

 

Seramai 36 orang yang terdiri daripada Usahawan Industri Asas Tani Negeri Sembilan dan pegawai telah mengikuti Lawatan sambil belajar di Kedah, Pulau Pinang dan Perak pada 1-4 Ogos 2017.

Tujuan lawatan diadakan adalah untuk menerokai teknologi -teknologi serta idea-idea baru di samping untuk melihat peluang-peluang yang ada untuk terus berdaya saing.

Dalam lawatan tersebut, banyak yang diperolehi oleh peserta lawatan antaranya perkongsian maklumat, penambahbaikan dalam perniagaan dan sebagainya. Tidak terlepas juga, lawatan tersebut banyak memberi inspirasi kepada usahawan untuk terus melipatkan gandakan usaha. Antaranya seorang usahawan yang mengusahakan Makanan Tradisional Kuih Bahulu telah membeli sebuah Kilang Air Kodial bagi memperluaskan perniagaannya tanpa membuat pinjaman.

Disamping itu juga, usahawan amat teruja dapat bertemu dengan pengasas Jeruk Pak Ali yang sangat popular di Pulau Pinang.

Pihak jabatan berharap dengan adanya program seperti ini lagi, dapat membantu para Usahawan Industri Asas Tani untuk terus berjaya.

mygov2
suk2
doa2
jpa2
moa2